Monday, April 4, 2011

~ DOA JODOH ~ Amiin Ya Rabbal 'Alamin..

" Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKU (dengan mematuhi perintahKU), dan hendaklah mereka beriman kepadaKU supaya mereka menjadi baik serta betul".       Al-Baqarah : 186.


"Berdoalah kamu kepadaKU nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKU, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina".      Ghafir : 55.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..
Seandainya telah Kau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kebahagiaan itu kekal abadi..

Ya Allah. Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMU..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMU ini.

Cukuplah Engkau sahaja pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini.

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,,
yang dapat membimbingku menuju redhaMu.. Ya ALLAH
Agar sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup dalam menggapai  rahmat dan taufik hidayahMu
Ya Allah.. Ya Rabbi..

Ya Allah..
Seandainya telah Kau takdirkan
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangnya jauh ke dada langit..
Agarku senantiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..


YA ALLAH..
Berikanlah aku ketenangan dan Kau bantulah aku menjaga pandangan, peribadiku, serta maruahku..
Tiada yang lain hanya Engkau sahaja tempat pergantunganku..

Ya Allah..Ya Rabbul Jalil..


amin  ya Rabbal 'Alamin...

No comments:

Post a Comment