Saturday, June 27, 2015

CT ONE Islamic Centre


Bismillah wal hamdulillah. 

Tarikh menulis hari ini 28 JUN 2015 bersamaan 11 Syawal 1436H. 

20 JUN 2015 genap 2 bulan bekerja, khidmat di CT ONE ISLAMIC CENTRE.
 Baru 2 bulan, masih dalam fatrah percubaan lagi. InsyaAllah moga Allah untuk stay tetap bekerja di sini for a long long long time. 
Jika diizinkan Allah kahwin, if i get husband also work in Kuala Krai, alhamdulillah, masih dan akan cuba mampu untuk terus berkhidmat di CIC ini. Barakallah.

Panjang merancang sekalipun, jika Allah belokkan ke arah lain perancangan kita, tidak jadi juga, begitulah sebaliknya. Moga perancangan kita seiring dengan perancangan Allah buat kita. 

Bekerja di CIC ni atas kertasnya selaku Pegawai Tadbir Akademik. Sene nok cito, care about akademik and also hal urusan aktiviti untuk adik-adik pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi.

First week masuk kije sini,aiii agok la, rasa tahap keboringan dio tu sangat la sapa tahap puas sunguh-sungguh ore klate kabo. :)

Bukan tidak boleh adapt dengan suasana tapi begitulah dimana pun mula kerja meme lagu ni.

Dalam masa 2 bulan kerja sini, semua tempat masuk kasi cuci sikit sebanyak.

Next Year 2016, pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi batch 1 yang kesemuanya lelaki masuk tahun ke 4. Ikut kepada perancangan Dato Adnan, owner dan pengasas CT ONE Group, pada tahun ke 4, banyak perancangan berbentuk akademik dan aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan. Antaranya :

Kelas IT
Pusat Sumber (actually dah siap simpan dan pelajar pun dah masuk)
Memanah
Berkuda

Untuk akademik pula akan difokuskan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 

Tahap hafazan pelajar sekarang hanya 6 orang sahaja lebih daripada 20 juzuk ke atas.

.................................................................................................................................................

Suka suasana biah di sini. 
Solat jemaah zohor dan asar. (Waktu kerja hanya merangkumi 2 waktu solat ini)
Setiap hari diperdengarkan bacaan al-qurĂ¡n oleh pelajar-pelajar tahfiz.
Diorang ni xde la jumud dan tidak terlalu open. Masih mengawal sifat-sifat dan batasan antara lelaki dan perempuan.

............................................................................................................................................

Khamis lepas, buka gmail. Ada email dari pentadbiran USM abaout status study master.
Ditanya, bakpo tak settlekan permohonan just klik send dan submit. Sure dapat tawaran master.

Irham dan Syed tanya, gapo tu cikgu. Saya faham tapi just untuk diorang baca direct, copy dan paste di google translate. Diorang berdua faham, dan tidak semena keluar 
"Pahtu cikgu nok sambung study ke, duk sini la cikgu"

Saya senyum dan iakan insyaAllah di sini tempat saya.

Dipanggil cikgu bagi staff perempuan di sini kecuali tukang masak panggil Cik Za.


Doakan moga saya terus stay di sini. Untuk sama-sama mentarbiyyah diri dan anak bangsa. 




Saturday, June 6, 2015

Alhamdulillah


Bismillah wal hamdulillah. 

Today is 7 Jun 2015 bersamaan 20 Syaaban 1436H.

Usia masuk angka 26. 

Masih sedikit manis pahit dalam pelayaran hidup. 
Banyak lagi ruang dan masa untuk terus beribadah, menjadi hamba yang sebaiknya.

Naluri dan fitrah seorang manusia, ingin berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Perancangan dan gerak kerja perlu sentiasa seiring.

Perancangan master, sekerat jalan cuma. Borang tak habis isi. 

Dapat kerja di CIC, di bandar sendiri. 

Allah dah makbulkan doa untuk balik bekerja di KLate. 
Kotakan janji dan niat, untuk terus bekerja untuk Islam dengan wasilahnya adalah PAS

Wednesday, April 22, 2015

Menulis

Tajuk tu suka hati sahaja nok letok namo ggapo.

Hari ni 3 hari di kompleks CT ONE ISLAMIC CENTRE, Kg. Tualang,Kuala Krai.

Jawatan diterima untuk percubaan Pegawai Tadbir Akademik 3 bulan.

3 hari di sini, fiuuuu, raso macam cannot terima lagi dengan suasana baru. Saya ni normallynya dengan orang Klate, dengan suasana Klate, saya cepat masuk. Tapi hok ni, 3 hari, x boleh ngam lagi nga diri. Aiiii

Bilo fikir balik, betul saya punya istikharah, saya tak buat semoleknya bila terima panggilan telefon kerja di sini. Terus terima dengan hati girang, sebab alasan, kerja di kuala krai, kawasan sendiri, tempat untuk saya khidmat diri dengan PAS.

Inilah kita manusia, kita tidak tahu apa yang Allah rancang untuk kita. Dan bilamana perancangan kita tidak selari dengan apa terjadi, yang pada hakikatnya Allah segala-galanya, kita akan rasa sedikit sesal.. Rasa nak back to normal. Rasa nak menganggur buat sementara. Pelbagai rasa la. Tak dapat nak luah dengan tulisan, hanya merasai.

Banyok agenda hidup dirancang, tapi tiada hok terlaksana lagi. Utamanya nak sambung master lagi, sebab fikir dan lihat keadaan, lulusan degree amat saing sengit untuk dapat kerja level gaji okey dengan keadaan sekarang. Bila bersedia, faktor kewangan pulok.

Sedangkan yang lain, terus-terus maju ke hadapan.

Berubah mira. BERUBAH...

untuk keluarga. Saya nak bantu keluarga saya. Kami tiada harta, kami kemkena mencari harta. Hanya dengan ilmu, saya mampu dan boleh cari pekerjaan terbaik untuk bantu keluarga saya.

Tuesday, April 21, 2015

Apo nok jadi


Bilo sesuatu keputusan dibuat tidak dengan cara betul, pakai ambik sarung. Akan ada rasa kurang puas hati, tidak selesa, tidak masuk nga kito.

Kembali kepada asal,

Mitok ngaji master.

Serius, gi sambung ngaji.

Banyok kali tukar kerja.

apo sebenarnya yang dicari dalam hidup.

saya nak balik khidmat di Klate, bilo dapat kerja. maghi 3 hari, memerhati, mengalami, rasa macam ada rasa sikit sesal berhenti di bangi.

ye,tak buat istikharah sebaiknya.

lepas dapat temuduga, rasa macam, ya Allah ini kah masanya untuk saya balik khidmat ke negeri saya setelah saya menunggu.

tapi, bila mana balik, maghi masuk kerja sini, huhuuu

hanya diri sendiri merasai.


waaaa, perancangan hidup berterabur

Monday, April 13, 2015

Back

Bismillah. Assalamualaikum.

12.13 tengahari, 14 april 2015.

Usai siap baca blog kawan, rasa macam nak buka kembali blog ini. Terus menaip.

Allah, sungguh lama tak menulis. Meninggalkan bangku kampus hampir 2 tahun setengah. Bekerja sebagai kerani pun sebanyak mana sahaja menulis.

Otak lama tak diperah keringat untuk berfikir. Banyak berfikir hal urusan hidup dan ibadah.

10 April balik Ke Kuala Krai, Kelantan. Interview jawatan Pegawai Tadbir Akademik, 11 april, Sabtu pagi. Try minta, walaupun syarat diletakkan umur 30 tahun ke atas.Rezeki di bumi Klate. Tamat tempoh perantauan.

Kerja di Kelantan, dua dalam satu pada hakikatnya. Niat asal untuk ban khidmat pada negeri Kelantan, pada masyarakat, dan tidak dilupakan pada keluarga.

Berharap ada ruang dan peluang untuk bergerak kerja dengan PAS kawasan.

Bantu saya untuk capai hasrat dan laksana cita-cita ini ya Allah.

Monday, October 20, 2014

Ceritera Hidup 1

Bismillah. Kembali lagi di alam ini. Aku ingin bercerita lagi.

Bila berbicara soal cinta. Bagi aktivis dakwah, dan mahasiswa mungkin tidak asing dengan istilah Baitul Muslim. Baitul Haraki.

Mendirikan rumah tangga, impian setiap insan.Ianya satu fitrah semulajadi manusia. Jangan dianggap enteng perkara ini.

Berbicara mengenai Baitul Muslim, atau lebih ringkas dikenali sebagai UBM.
Unit Baitul Muslim. Bersama mencari pasangan yang sama fikrah ke arah melahirkan ummah dan bersama membangun masyarakat yang mempunyai fikrah jelas.

Ketika di alam kampus lagi dikenalkan dengan UBM. Hanya sekadar mengisi borang UBM, bersama menyokong, insyaAllah agenda Islam untuk kelangsungan ummah yang lebih cantik biahnya.

Mempunyai sedikit pengalaman. Menjadi orang tengah dan menggunakan khidmat orang tengah.

Sedikit rumit, bila menjadi orang tengah. Bila tiba saat dan ketika untuk menyampaikan hasrat hati sang arjuna kepada seorang perempuan. Dalam masa yang sama, arjuna ini dikenali oleh perempuan dengan perangainya yang sedikit tidak digemari oleh perempuan tersebut.

Tak apa.Kita buat yang terbaik..

To be continue...

Thursday, October 16, 2014

MASTER, MU TUNGGU ADO REZEKI, AKU DATANG MENDAMPINGIMU...



Kerja.. Kerja... dan Kerja..

Ya, saya masih dalam fatrah bekerja. Angan-angan mat jenin nak sambung MA,masih ada lagi.
Tambah-tambah lagi Bajet 2015,PM sambung kuota MyBrain.

Buat gapo sambung ngaji tinggi-tinggi. Last sekali kerja jugak. Itu soalan otak kiri. Senyum.

Banyak sebenarnya boleh dicapai bilamana dapat selesaikan MA.

- Pertama dan terakhir orang sambung belajar tak kira peringkat mana, nak dapatkan lebih lagi ilmu.
Ye,kita masih kurang ilmu.

- Firasat sendiri la. Andai rezeki dah ada MA ni, saingan kerja antara budak-budak lulusan Degree ni, tak ada la kuat sangat. Sekadar pemerhatian ambe.

- Dapat MA, boleh la kot (kot sentiasa dipakai),, ngeh, ngeh...  Nak pohon kerja jadi lecturer muda kolej swasta, not bad, peratus tinggi la kot nak lulus..

- Budak lulusan degree, sangat la berlambak.Bukan dari IPTA/IPTS Malaysia sahaja. Budak2 belajar oversea, seberang laut. Belajar jauuh-jauh pun, diorang pasang niat balik berbakti di Malaysia jugak..

- Gaji budak lulusan degree ni tak la banyak sangat. Cukup-cukup makan. Ambe sendiri lepas konvo dari UKM. 2012... Eh, udah 2 tahun ye... Gaji seciput la sangat. Tak sampai pun RM 1500.00 sebulan.

- Perit untuk diceritakan. Tapi pengalaman yang dialami mendewasakan saya. Hampir 1 bulan berhempas pulas, sebanyak mana keringat dan daya serta idea ada. Tubuh syarikat training bersama team jemaah kampus.. Angan-angan mat jeninnya, nak follow OHCS..nak jadi macam diorg. Tak sampai setahun, hancussss.. Tinggal idea yang tak terlaksana. Banyak faktor, diri sendiri,komitmen yang awalnya nak sama-sama gembleng tenaga. Kurang baet, dan kurang idea dan pengalaman bidang pengurusan.

- Ambe rasa tak lama ambe boleh stay kerja di tempat sekarang. Gaji kerja setelah 8 bulan, masih sama, masih di tahap sama.. Kerja tempat lain,lepas 3 bulan kan. Naik la jugak seciput dua. Kerja sekarang tak ada apa.. EPF,SOSCO,apatah lagi KWSP.. Hang nak, hang buat sendiri..

Apa pun, sedikit atau banyak. KENA percaya, yakin, usaha, tawakkal. rezeki kita Allah dah settle dengan molek doh.. Mu Kena Sabar Banyak Allah Akan Bagi Hok SeMoleknya..


MASTER, MU TUNGGU AKU MENEMUIMU.. Haiiishhh