Saturday, June 27, 2015

CT ONE Islamic Centre


Bismillah wal hamdulillah. 

Tarikh menulis hari ini 28 JUN 2015 bersamaan 11 Syawal 1436H. 

20 JUN 2015 genap 2 bulan bekerja, khidmat di CT ONE ISLAMIC CENTRE.
 Baru 2 bulan, masih dalam fatrah percubaan lagi. InsyaAllah moga Allah untuk stay tetap bekerja di sini for a long long long time. 
Jika diizinkan Allah kahwin, if i get husband also work in Kuala Krai, alhamdulillah, masih dan akan cuba mampu untuk terus berkhidmat di CIC ini. Barakallah.

Panjang merancang sekalipun, jika Allah belokkan ke arah lain perancangan kita, tidak jadi juga, begitulah sebaliknya. Moga perancangan kita seiring dengan perancangan Allah buat kita. 

Bekerja di CIC ni atas kertasnya selaku Pegawai Tadbir Akademik. Sene nok cito, care about akademik and also hal urusan aktiviti untuk adik-adik pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi.

First week masuk kije sini,aiii agok la, rasa tahap keboringan dio tu sangat la sapa tahap puas sunguh-sungguh ore klate kabo. :)

Bukan tidak boleh adapt dengan suasana tapi begitulah dimana pun mula kerja meme lagu ni.

Dalam masa 2 bulan kerja sini, semua tempat masuk kasi cuci sikit sebanyak.

Next Year 2016, pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi batch 1 yang kesemuanya lelaki masuk tahun ke 4. Ikut kepada perancangan Dato Adnan, owner dan pengasas CT ONE Group, pada tahun ke 4, banyak perancangan berbentuk akademik dan aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan. Antaranya :

Kelas IT
Pusat Sumber (actually dah siap simpan dan pelajar pun dah masuk)
Memanah
Berkuda

Untuk akademik pula akan difokuskan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 

Tahap hafazan pelajar sekarang hanya 6 orang sahaja lebih daripada 20 juzuk ke atas.

.................................................................................................................................................

Suka suasana biah di sini. 
Solat jemaah zohor dan asar. (Waktu kerja hanya merangkumi 2 waktu solat ini)
Setiap hari diperdengarkan bacaan al-qurán oleh pelajar-pelajar tahfiz.
Diorang ni xde la jumud dan tidak terlalu open. Masih mengawal sifat-sifat dan batasan antara lelaki dan perempuan.

............................................................................................................................................

Khamis lepas, buka gmail. Ada email dari pentadbiran USM abaout status study master.
Ditanya, bakpo tak settlekan permohonan just klik send dan submit. Sure dapat tawaran master.

Irham dan Syed tanya, gapo tu cikgu. Saya faham tapi just untuk diorang baca direct, copy dan paste di google translate. Diorang berdua faham, dan tidak semena keluar 
"Pahtu cikgu nok sambung study ke, duk sini la cikgu"

Saya senyum dan iakan insyaAllah di sini tempat saya.

Dipanggil cikgu bagi staff perempuan di sini kecuali tukang masak panggil Cik Za.


Doakan moga saya terus stay di sini. Untuk sama-sama mentarbiyyah diri dan anak bangsa. 




No comments:

Post a Comment