Thursday, April 21, 2011

SAHABAT - Ku merasainya buat kali kedua..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum....
Sahabat... 1 sem kita bersama, bersama dari kolej ke fakulti. Bersama dari fakulti ke masjid, ke kafe. Makan bersama, kelas sekali, daftar tutorial sekali, duduk sebelah menyebelah di dalam dewan kuliah dan bilik tutorial. 

Di mana itu semua saat dan ketika ini... Ku tidak menyalahi sesiapa. Bukan kesalahan itu yang ingin dirungkaikan dalam benak fikiranku kini. Tetapi ku merasakan itu semua.. Dulu kita tidak sekali, tapi takdir Allah mempertemukan kita dalam tali ikatan ukhuwwah persahabatan. Ketika mana aku ketinggalan dan ditinggalkan sendirian, ku terkedu sahabat. Mengapa aku sendirian,, Aku ditinggalkan.. Tidak mengapa... Aku dan kamu, sahabat sama gerak geri dan tingkah laku,, fikiran dan idea kadang-kala sekepala, ku merindui semua itu,,, sahabatku..
Pada saat dan ketika ini.... Ku kesepian sahabat... kesepian... aku akui aku mungkin selalu jarang bersama kalian.. aku sering tanpa dengan kalian,, seringkali meninggalkan kalian asyik dengan tugasan,,, aku cuba sedaya mampu untuk sentiasa bersama kalian,,, cuba sedaya yang boleh untuk mengelakkannya,,, tapi aku tak terdaya sahabat.. aku tak terdaya.... sekarang ku sudah merasai saat kita akan berpisah... semester hadapan kalian akan ke kolej lain.. aku,, keseorangan tiada tempat nak dituju,,, 

Sahabatku yang dikasihi,,, aku sangat menyayangi saaat dan ketika itu... 
Apakah ianya akan terus tersemat dalam ingatan atau akan secara perlahan-lahan merasai saat untuk terkubur oleh masa dan rentak kehidupan.....
Mungkin di pandanganmu tiada apa yang berlaku,, tapi di pandangan dan naluri hatiku lain sahabat...
lain,,, sangat-sangat... bukan kerana terasa hati dengan kalian.. tidak sama sekali.. tapi kenapa kita dah tidak sekali berjalan ke sana sini.. sudah tidak sekali makan,, Ya Allah,,kenapa???

Adakah ini ujian terhadap tali persahabatan kami... aku tidak sanggup kehilanganmu sahabat. Tapi dari hari ke sehari ku sudah mampu untuk merasainya... 
Aku sudah mampu untuk merasainya sekarang...

Buat sahabatku yang dikasihi dan kusanjungi..
Siti Fatimah Wan Muhamad. Siti Karamah Yusuf, Wan Munirah Wan Osman..
Ku amat-amat bersyukur dipertemukan Allah dengan kalian.. aku amat menyanjunginya terutama untuk Siti Fatimah... Ti,, syukran atas segala-galanya... TERIMA KASIH SAHABAT!!!!
Terima kasih atas segala pengorbanan, sumbangan idea... aku tahu aku selalu tidak bersama dengan kalian dalam setiap perkara,, kalian juga memahami gerak kerjaku... kita sedikit lain sahabat,,, Ku dipilih oleh Allah untuk merasai saat perjuangan di alam kampus. Dipilih oleh Allah untuk bergerak dengan landasan dan pilihanki ini... 
Aku cuba untuk luangkan masa bersamamu...
Tapi!!! Aku tak terdaya. Inilah kelemahanku sahabat. Hanya sedikit sahaja masa yang aku luangkan kepada kalian. Maafkanku... Maafkanku.... Maafkanku... 


Terima kasih kerana bersama kalian terciptanya memori terindah dalam hidupku.. terima kasih..
Tidak dapat ku tipu.... air mataku mengalir laju saat tangan lincah menaip bait kata ini. Aku adalah aku. Azmanira. Hamba Allah yang kasar diluarnya tapi lembut di dalamnya. 


SYUKRAN SAHABAT!!!!
~ Dariku hanya insan biasa ~
~ Buatmu sahabat!!!
SITI FATIMAH WAN MUHAMAD, SITI KARAMAH YUSUF, WAN MUNIRAH WAN OSMAN, NOR 'ATIKAH SALLEH....





1 comment:

  1. assalamualaikum..sedih bace entri ni..sabarlah wahai sahabat..mungkin ini ujian Allah buat hambaNya..ingatlah..ujian yang dtg itu mungkin dirasa begitu berat pada diri kita, tapi yakinlah bhwa msih ade lg org lain yg hebat menerima ujian dariNya..apepom banyak2 berdoa semoga diberi kekuatan..ujian yg diberikan pada setiap hambaNya mengikut kemampuan hambaNya..insyaAllah, ira mampu

    ReplyDelete