Wednesday, May 18, 2011

~ Buat Hamba Allah yang Bergelar Muslimah ~

NASIHAT IBU BAPA TERHADAP ANAK PEREMPUAN BILA MELANGKAH ALAM RUMAHTANGGA

PESANAN UMMU MU'ASHIRAH KEPADA PUTERINYA


" Wahai puteriku, engkau telah menghadapi hidup baru. Hidup yang bapa dan ibumu tidak mendapat tempat, begitu juga salah seorang dari saudaramu. Dalam dunia ini engkau akan menjadi teman setia bagi suamimu. Suamimu tidak akan redha ada orang lain yang ikut campur dalam urusanmu dan suamimu, walaupun mereka yang memiliki hubungan darah denganmu".

" Jadilah seorang isteri baginya dan jadilah seorang ibu baginya. Jadikanlah dia merasakan bahawa kamu adalah segala sesuatu baginya dalam hidup dan segala sesuatu baginya dalam dunianya. Ingatlah bahawa seorang lelaki atau lelaki pada umumnya adalah seorang bayi besar. Hanya sedikit kalimah yang manis akan membahagiakannya. Jangan sekali-kali menyebabkan dia merasa bahawa pernikahannya denganmu telah menghalangimu dari keluarga dan kerabatmu. Sesungguhnya perasaan seperti ini juga dirasakan oleh suamimu, kerana dia juga telah meninggalkan keluarga dan kerabatnya untukmu. Hanya berbeza antara dia dengan dirimu adalah perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Perempuan biasanya selalu rindu kepada keluarganya dan rumah yang telah melahirkan, membesarkan dan memberinya pelajaran. Namun, bagaimanapun seorang perempuan mesti membiasakan diri dengan kehidupan yang baru. Dia mesti berusaha mengaturkan hidupnya bersama lelaki yang telah dipilihya sebagai suami, pelindung dan bakal ayah kepada anak-anaknya. Inilah duniamu yang baru ".

" Wahai puteriku, inilah masa kini dan masa mendatangmu yang akan kamu bangun bersama dengan suamimu. Sesungguhnya ibu tidak meminta kepadamu agar melupakan ayah dan ibumu serta saudaramu, kerana sesungguhnya mereka tidak akan melupakanmu selamanya. Wahai sayangku, bagaimana boleh seorang ibu boleh melupakan belahan hatinya ? Akan tetapi, ibu minta kepadamu agar cintailah suamimu, hiduplah bersamanya dan jalanilah hidupmu dengan bahagia bersamanya ".


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga)
[Surah An-Nur: Ayat 26]

No comments:

Post a Comment