Saturday, December 17, 2011

MEDIA-MEDIA DAKWAH DI MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim
Dunia pada masa sekarang tengah mengalami proses ke arah pembaharuan dunia. Semua apa-apa isu yang ingin dicari, segala maklumat, kita tidak perlu mengambil risiko atau masa yang banyak. Bak kata falsafah moden, 'Dunia itu di hujung jari'.. Hanya memetik jari tangan di dalam Dr. Google,, semua permasalahan mungkin dapat diselesaikan hanya dalam beberapa minit sahaja.

Alhamdulillah pada masa kini di Malaysia sendiri, jalan-jalan kepada menyeru dakwah dapat dilihat mula tumbuh melalui saluran media. Pelbagai jenis media dakwah telah mula timbul sekarang ini, tidak kira melalui drama, portal-portal, mahupun bahan bacaan sekalipun.
cONtoh Drama yang nampak kepada penyerapan nilai-nilai islamik ialah Drama Nur Kasih dan sebagainya.
Tetapi tidak semua nilai-nilai Islam itu diserapkan dalam drama ini. Tetapi ini mungkin percubaan pertama dalam proses memperbanyakkan drama-drama ke arah lebih islamik. InsyaAllah.

Jika dilihat dari aspek media lain, iaitu lebih kepada Televisyen dan radio. Terdapat Radio Ikim.fm, yang mana ianya ditubuhkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Radio ini boleh didengari melalui online secara lebih direct. 
Selain radio ikim.fm ini, terdapat juga radio i luv islam yang mana baru diperhebohkan. Selain itu juga dapat kita lihat dengan kewujudan Tv Al-Hijrah.

Dengan wujudnya rancangan seperti ...



Sedikit sebanyak industri seni tanah air dapat menarik 'crowd' khusus untuk golongan ini. Rancangan ini memberi aura yang tersendiri. Matlamat utama rancangan Ustazah Pilihan dan Solehah adalah untuk melahirkan pendakwah wanita yang boleh kehadapan dalam pelbagai isu. Penyertaan rancangan ini terdiri dari pelbagai bidang pengajian samaada lepasan dari timur tengah sekalipun. Jika dilihat dari satu sudut, kedua-dua program ini banyak kontra dan pro. Di sini dapat disimpulkan bahawa pihak kerajaan cuba untuk memartabatkan golongan wanita berpelajaran yang ingin melibatkan diri dalam bidang dakwah tetapi masih tercari-cari tapak untuk bertapak. Wallahua'lam.

Selain daripada bidang-bidang penyiaran, dapat kita teliti juga mesej-mesej dakwah ini turut diaplikasikan dalam bidang-bidang penulisan seperti majalah, blog, website tertentu dan sebagainya. Antara penulisan melalui majalah, yang paling mendapat permintaan yang semakin baik ialah majalah SOLUSI, Majalah I, Al-Islam, dan sebagainya. Jika kita melayari blog-blog, dapat kita lihat dan baca setiap artikel yang ditulis sekarang ini lebih kepada menerapkan nilai-nilai islamik. Waima dari pelbagai aspek tidak kira samaada melibatkan ilmu fiqh, cerita-cerita semasa, yang berkaitan alam remaja dan sebagainya. KINI,, muncul website-website yang boleh dikategorikan dalam proses mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam penulisan.
Antaranya :
http://wanwma.com
http://selamattinggal.blogspot.com/



Semoga industri dakwah ini terus utuh dan teguh memartabatkan aliran dakwah demi pembangunan ummah yang lebih terjaga syariat hidup.
Semoga usaha ini memberikan kesan yang boleh membangunkan lagi peradaban manusia terutamanya umat Islam.

2 comments:

  1. Apakah usaha media dakwah di Malaysia telah berjaya membawa perubahan masyarakat yang kian meningkat pengaruh gejala sosialnya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Syukran.. Usaha media ke arah dakwah itu nampak sudah bertapak. Sebagaimana cth yg sy kemukakan di atas. Akan tetapi, msyrkt kini, lebih menerima 'lakonan' drpd 'bacaan'.. wallahua'lam, sekadar komen.

    ReplyDelete