Tuesday, May 1, 2012

" Cantiknya awak hari ni. Dah nampak lain. Mula-mula tengok dah tak kenal sape.. ooo, rupanya, awak ye Mira ".

Hakikatnya, memang wajah itu akan cantik. Cantik itu subjektif. Aspek yang tidak lekang dek panas. Sejak azali lagi bab ini akan mendapat perhatian, seperti juga dengan aspek cinta. Bab cinta juga merupakan satu perkara yang dibualkan sejak dahulu kala lagi. Cinta dan cantik satu perkara subjektif bagi saya. 

Jika diikutkan dari luaran, memang wajah yang cantik akan dapat menarik perhatian orang. Tapi jujurnya, ketahuilah lagi cantik seorang wanita itu jika kecantikan wajahnya dicantikkan juga dengan akhlaknya.

Allah tidak memandang rupa manusia, Allah memandang taqwa manusia. Tapi jujurnya, kini aspek ini kurang ditekankan. 

Persoalan untuk direnungkan bersama.

Dimana sebenarnya cantik seorang wanita itu?

             Rupa paras.
          Akhlak
          Peribadi
          Pergaulannya
          Percakapan

Yes, semua ini amat penting untuk diambil kira
Tapi ketahuilah bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda. Jika Kamu pilih agamanya, maka perkara lain akan turuti. Akhlaknya, keturunannya. Sepatutnya, kini, cantik dari sudut agamanya, perlu diambil kira.



Cantik Wajah? Bukan suatu perkara yang rumit. Sekarang ini, banyak bahan kecantikan berlambak di pasaran. Nak atau tidak. Makanya, buat diri ini dan muslimat sekalian, jom, kita jaga kecantikan akhlak peribadi kita.

     Jangan dirunsing andai diri tidak dikenali, cukuplah ada yang mengenali
     Jangan dikhuatiri kita tidak ditemani, tapi cukuplah buat kita jika ada yang
        mahu menemani.
     Jangan dibimbangi, diri tidak mendapat perhatian. Tapi gembirakanlah hati
      jangan sampai kita menjadi perhatian murahan.

Wanita yang cantik sebenarnya pada akhlak, pada peribadi, pada tutur kata
Dan lebih Utamanya pada agamanya.. InsyaAllah ada untukmu.

          Jaga Solat, Jaga Pergaulan, Jaga Maruah.
          Jaga Pandangan. Biar dikatakan sombong. 
          Berdoalah, supaya apa yang kita lakukan. 
          Allah beri mereka kefahaman dengan apa yang kita lakukan.

     Wahai Muslimin, Wahai Kaum Adam.
Maaf jika kami tidak memandang kalian, maaf jika kami kurang memberi perhatian pada kalian. Maaf jika kami dikatakan sombong.
Ketahuilah, kami berusaha untuk menjaga itu.Sepertimana digalakkan. Jagalah pandangan!!!!

Apabila tiba saat dan ketikanya, akan terungkai jua. Semoga Allah memelihara kita.

No comments:

Post a Comment