Tuesday, June 19, 2012

Dunia FB Dunia Pelbagai Ragam

Bismillah walhamdulillah. Dapat lagi tangan ini menari pantas di lattop menaip butir-butir bicara buat entry kali ini.

InsyaAllah, kali ini saya ingin berbicara mengenai FB. Satu daripada pelbagai cabang teknologi baru di alam maya. Teknologi baru.. Boleh la, istilahkan sebagai teknologi baru. FB atau full name Facebook kini menjadi kegilaan semua manusia tidak kira di mana-mana ceruk dunia sekalipun berada. Boleh dikatakan agak ketinggalan zaman orang itu jika tidak mendengar perkataan facebook. Akan tetapi, terdapat juga sesetengah individu tidak mengambil tahu dan tidak berkeinginan untuk mengetahuinya. Tidak mengapa. tiap perkara itu ada baik dan buruknya.

Mungkin, bagi sesetengah orang tidak ada kepentingan untuk turut sama dalam dunia maya ini.

Muka Buku dan Dunia Dakwah
Jom, kita semua sahut, berdakwah melalui fb. Yes, berdakwah melalui fb. Alhamdulillah, sekarang, dalam  muka buku yang saya layari, boleh dikatakan, every day, akan ada. Sama ada melalui poster, tulisan artikel, mahupun post seseorang. Syukur. Diri diingatkan tika mana tiap kali membacanya.Tidak semua mahu terlibat dalam usaha ini. Ye, tidak semua. Ini kerana, tidak semua mahu menjadi orang baik dalam jangka waktu yang cepat, Tidak semua mahu hidup susah, semua mahu hidup dalam keadaan senang. Tidak semua sanggup ditimpa ujian, semua mahu hidup dengan tenang. Dan begitu juga, tidak semua mahu terlibat dengan dunia dakwah. Terlibat, tapi mungkin bukan melalui muka buku. Tapi, saya menulis sekarang ialah melalui fb. Sekian. Banyak artikel berkaitan Islam, kebaikan, dan sebagainya boleh diperolehi. Kita tidak minta untuk diberikan, akan tetapi apabila perkara itu disebarkan, menjadi banyak, kita akan terdetik untuk klik dan baca. Moga manfaat ini akan berterusan. Kebaikan akan berpanjangan. Senang je nak berdakwah, siapa kata susah, janji kita mahu atau tidak. 

Muka Buku dan Sahabat
Antara kebaikan fb ini, kita boleh kenal sahabat. Sangat-sangat ramai yang jadi friend di dunia muka buku. Boleh hampir mencecah 5000 ribu orang bagi yang dikenali ramai. Tapi, bagi saya, apa guna friend hampir 5 ribu, penuh list, tak dapat dah orang nak jadi member fb, dan terpaksa buka akaun kedua,, kalau kita tidak dapat bagi kebaikan kepada member-member kita. Dalam fb ni jugak, member dari sekolah rendah, sekolah menengah, dapat jejaki balik. Perkembangan terbaru member pun agak-agak boleh kita ikuti sekali. Bagus jugak. 

Manfaatkan dunia muka buku untuk segalanya. Persahabatan, ilmu, buat amal pun boleh. Sebarkan kebaikan, jalinkan silaturrahim.

Muka Buku dan Ikhtilat
Saya sudah lama meneliti soal ini. Tidak kira dalam apa-apa bidang sekalipun, dalam alam maya mahupun di luar maya, ikhtilat wajib untuk dijaga. Tetapi, ade jugak tapinya.. Benda yang wajib ni biasa manusia tidak ambik cakna sangat. Dua minggu lepas, baca 2 artikel berkaitan ikhtilat. Cukup menarik,banyak input. Selepas baca, terus direct, tersentap. Aku selama ni, ikhtilat macam mane, terus cuba cheklist balik. Pernah sembang hal tak penting ke dengan mana-mana muslimin, urrmmm, naseb badan. InsyaAllah, moga tiada. Ikhtilat? Saya tidak mampu untuk bahaskan dengan lebih panjang, jujurnya saya masih bertatih dalam mencari ilmu Allah. Setakat dipelajari dan diketahui, ikhtilat ni percampuran, yang diambil dari kata dasar "khalata". Percampuran yang berlaku di antara semua makhluk Allah. Okey, untuk bahagian ikhtilat di muka buku ini, kita fokus kepada antara manusia dengan manusia. Logik akal ke, dalam muka buku manusia dengan haiwan. 

Mengikut pemahaman saya, ikhtilat ialah percampuran dengan ajnabi. Ikhtilat boleh berlaku dalam dua keadaan, secara pelakuan nyata mahupun berdasarkan sembang, perbualan yang tidak mendatangkan faedah. Sebagai contoh, bertanya khabar antara lelaki dan perempuan yang tidak perlu dalam keadaan hanya mereka berdua yang mengetahui.  Kalau untuk pekerjaan, insyaAllah semua boleh, tapi masih ada batas-batasnya. Batas yang ditentukan adalah untuk kebaikan kita juga. Allah tidak menyediakan sesuatu itu melainkan ada hikmah di sebaliknya. Bersangka baik denganNya. 


Baiklah, hamba mohon merangkak keluar dari penulisan ini dahulu. Suka sebenarnya menaip ni sebenarnya. Banyak nak kongsi, tapi tidak boleh semua. InsyaAllah, lain kali. Tiap hari mengadap, tidak boleh jugak. 

No comments:

Post a Comment