Tuesday, May 14, 2013

Kito Anok Beghanok

'Kak, sedih la nak tinggalkan Perdana'.
"Urmm, biaso tu, saya dulu pun, sapa tahap sedih bilo tibo AGM". Duk dale Perdana ni, xdok duko, banyok suko gembira". Sedihnyo nok tinggalkan Perdana.
Bait bicara bersama adik exco perdana di Masjid UKM. Bertemu di kala maghrib menjengah.

Menarik untuk diceritakan. Dunia mahasiswa di Perbukitan Ilmu dilalui seperti kebanyakan mahasiswa yang lain. Berbezanya, diri berkecimpung dalam dunia persatuan. Dua sesi memegang taklifan exco Perdana. PERDANA singkatan untuk Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim. Menyingkap kembali dunia mahasiswa, boleh dikatakan, bilik Perdana lebih banyak dijengah berbanding bilik sendiri. Pagi sebelum ke kelas, mesti buka bilik Perdana, letak lattop la, sapu bilik la dan buat benda lain. Habis kelas, tiada tempat lain yang dituju. Bilik perdana je. Sampai tahap, orang nak cari kita, orang cari di bilik Perdana.  Buat bilik tu jadi macam bilik sendiri pulak. Siti pernah beritahu, payah doh nok temu ore mace awok, rajin buko bilik perdana, sene anok perdana nok buat uruse.. Saya senyum. Ntah, jadi malas nak lepak di tempat lain. Di bilik perdana, bulih pulok.

Sehinggakan sampai tahap, orang tengok kita, boleh orang mention "Ooo, orang kuat perdana, macam mana perdana sekarang, maju nampak".
Apabila meeting bersama satu team ni, perdana mesti di mentionkan. Ditanya, pada tarikh sekian-sekian perdana ada event ke. Takut bertembung.

Ada juga cerita dan buah mulut dari mahasiswa-mahasiswi UKM tidak kira anak kelantan sendiri atau tidak, PERDANA merupakan persatuan anak negeri paling aktif di UKM. Paling dikenali. Kami terima dengan positif. Ye. Mula pertama kali kaki bertapak di bumi UKM, first thing yang saya cari adalah bilik Perdana dan pimpinannya.



Lumrah hidup, tampuk pemerintahan bertukar silih ganti. Tiada yang istimewa pada perdana sebenarnya. Mungkin apa yang boleh rasanya, ukhuwwah. Susah untuk ditemukan pada tempat-tempat lain. Alhamdulillah, kita dipilih untuk bersama merasai biah perdana. Apa yang saya perhatikan selama dua sesi saya jadi pimpinan, biah perdana tu boleh menjadi alat untuk insan Allah berubah. Apa yang berlaku, alhamdulillah, ada dari kalangan exco perempuan, dapat dilihat perubahannya, dari segi pemakaian. Sebelum ini, hanya tudung biasa, singkat, tapi setelah berada dalam perdana, perubahan berlaku secara perlahan, sehingga sampai tahap pakai tudung labuh. Bukan di sini nak nyatakan, perdana punca ianya berubah. Hidayah Allah itu ada di mana-mana dan Allah akan berikan kepada insan yang terpilih. Mungkin perdana menjadi wasilah perubahan itu. Saya memerhatikannya. Ianya berlaku. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Sekian untuk kali ini. Terdetik untuk dedikasikannya dalam tulisan. Moga bahagia sentiasa dalam redha Allah.
~ Kito Anok Beghanok ~

No comments:

Post a Comment