Monday, April 13, 2015

Back

Bismillah. Assalamualaikum.

12.13 tengahari, 14 april 2015.

Usai siap baca blog kawan, rasa macam nak buka kembali blog ini. Terus menaip.

Allah, sungguh lama tak menulis. Meninggalkan bangku kampus hampir 2 tahun setengah. Bekerja sebagai kerani pun sebanyak mana sahaja menulis.

Otak lama tak diperah keringat untuk berfikir. Banyak berfikir hal urusan hidup dan ibadah.

10 April balik Ke Kuala Krai, Kelantan. Interview jawatan Pegawai Tadbir Akademik, 11 april, Sabtu pagi. Try minta, walaupun syarat diletakkan umur 30 tahun ke atas.Rezeki di bumi Klate. Tamat tempoh perantauan.

Kerja di Kelantan, dua dalam satu pada hakikatnya. Niat asal untuk ban khidmat pada negeri Kelantan, pada masyarakat, dan tidak dilupakan pada keluarga.

Berharap ada ruang dan peluang untuk bergerak kerja dengan PAS kawasan.

Bantu saya untuk capai hasrat dan laksana cita-cita ini ya Allah.

1 comment:

  1. Allahumma amiin. Moga Allah pemudahkan khidmat untuk agamaNya, amiin

    ReplyDelete