CARA-CARA MENUTUP AURAT YANG DITUNTUT OLEH ISLAM
KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
Kerana ia termaktub di dlm Al-Qur’an, Surah Al-Ahzab ayat 59 yg bermaksud : “ Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu ”.
BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERHATIKAN?
Rasulullah SAW telah bersabda : “ Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan ”. (H.R : A bu Daud).
MUKA DAN TANGAN
Asma’ Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah SAW : “ Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja “. (Riwayat Muslim dan Bukhari).
Surah An-Nisaa’ ayat 34, Allah SWT berfirman : “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita “.
Sepotong ayat dari Surah Al-A’raf ayat 26, Allah SWT berfirman : “ Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk perhiasan, dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik ”.
MUKA DAN LEHER
“ Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliyah yang terdahulu ”.
a. Bersolek (make up)
b. Menurut Miqtil : “ Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah ”.
WANGIAN
“ Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina ”. (Riwayat Nasa’I, Ibn Khuzaimah Dan Hibban).
KAKI (Tumit Kaki)
“ Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ”. (An-Nuur :31)
a. Menampakkan kaki.
b. Menghayunkan / melenggokkan mengikut hentakan kaki.
KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERLIHATKAN?
“ Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan ”. (An-Nur :31).
No comments:
Post a Comment