Thursday, September 8, 2011

MEHNAH DAN IBTILA’ DALAM PERJUANGAN ISLAM


Muqaddimah
          Sememangnya telah menjadi lumrah dan fitrah dlm perjuangan menegakkan agama Allah s.w.t itu, para pejuang pasti berhadapan dgn pelbagai ujian dan rintangan. Istilah yg sering kita gunakan adalah mehnah dan tribulasi. Sejarah telah membuktikan bahawa semua pejuang Islam yg benar-benar ikhlas dan berada dlm jalan yg benar tidak mungkin terlepas drpd dikenakan ujian. Para Nabi, para Rasul Allah, sahabat-sahabat mereka, para ‘ulama pewaris Nabi, dan sekalian da’ie secara umum pastinya ditimpa ujian yg datang menguji. Perkara ini sudah menjadi suatu kemestian atau prasyarat kepada pejuang Islam bagi melihat sejauh mana ketahanan dan istiqamah mereka dalam perjuangan.

Maksud Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Ankabut, ayat 2 :
“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka) ”.

Sejarah Perjuangan Islam
          Sejarah perjuangan Islam bermula dengan lahirnya Nabi Adam a.s. Kemudian terpaksa dihadapi oleh Rasul-rasul dan pejuang-pejuang Islam selepasnya. Contoh-contoh perjuangan yang perlu dihadapi oleh nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu adalah seperti :
Nabi Musa yang menghadapi kezaliman Firaun dalam melaksanakan dakwahnya sepertimana yang diceritakan di dalam al-Qur’an.
“ Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir’aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan ”.                                                                                   ( Surah al-Qasas : 4)
         
          Nabi Luth juga menghadapi cabaran dalam menyebarkan dakwahnya apabila beliau dikelilingi oleh umat-umatnya yang tidak mahu mengikut sunnah kejadian manusia. Mereka hidup dalam kemungkaran iaitu mengamalkan tabiat homeseksual. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud,
“ Luth berkata : Sesungguhnya mereka adalah tamuku, maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku)”.                                                                                                     (Al-Hijr : 68)
          Rasulullah s.a.w juga tidak terlepas daripada menerima tentangan musuh-musuh Islam yang mengingkari dakwah Islamiyyah yang ingin Baginda sampaikan. Segala bentuk komplot, penghinaan, cacian, makian, fitnah dan penyeksaan fizikal dan mental baginda diuji. Namun, segala cabaran dan mehnah yang datang tidak pernah menggentarkan Rasulullah s.a.w untuk terus menyebarkan risalah Islam bersama para sahabat baginda pada ketika itu.
Cabaran Masa Kini
          Setiap zaman akan lahir pendokong-pendokong agama Allah. Imam Hassan Al-Banna (Mursyidul Am Ikhwan Muslimin) ditentang hebat atas alas an mengganggu-gugat kelangsungan perancangan penjajah-penjajah barat. Beliau ditembak dan syaheed pada tahun 1949 kerana membangkitkan kesedaran dan kebenaran di kalangan rakyat. Syed Qutb dihukum bunuh pada tahun 1966. Institut perisik negaranya telah menyusun pelbagai fitnah untuk menimbulkan kebencian terhadap gerakan dan penyokong-penyokong beliau. Zainab Al-Ghazali, srikandi muslimat, diheret oleh pihak kerajaan ke penjara dan dikurung di bilik yang penuh dengan anjing-anjing liar semata-mata kerana dakwah Islam yang ingin beliau sebarkan.

Bentuk-bentuk Mehnah dan Tribulasi
Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Orang mukmin sentiasa diambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya".

Terdapat beberapa halangan dalam dunia Islam. Di antara contoh-contohya ialah :

1. Perancangan mantap oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam
  • Membuat strategi untuk mencabul nilai-nilai ketuhanan dan kehambaan kepada Allah. Buktinya, berlaku pada tahun 1895, apabila kongres pertama orang-orang Yhaudi telah menetapkan untuk menghancurkan umat Islam di seluruh dunia dan menjadikan mereka hamba-hamba Zionis.
  • Membudayakan orang-orang Islam dengan materialisme sehingga mereka sanggup menukar prinsip yang ditetapkan Allah untuk mencapai kemewahan dan memenuhi hawa nafsu.
 2. Umat Islam lupa diri dan berada jauh dari nilai-nilai Islam yang sebenar
  • Berpecah belah sesama sendiri
  • Mengutamakan kepentingan diri lebih daripada kehendak Allah
3. Kelemahan Pemikiran Umat Islam
  • Meniru dan meminjam idea-idea asing.
  • Prinsip berpada dengan apa yang ada menyebabkan tiada inisiatif dan usaha untuk menghasilkan benda baru untuk dunia Islam.
4.Keruntuhan akhlak dan iman umat Islam


 Anuar Al-Jundi, ahli fikir dan pengarang Islam menulis bahawa mereka telah memutuskan bahawa peperangan yang bakal dilancarkan ke dunia Islam ialah peperangan idea dan kata-kata kerana aqidah umat Islam tetap teguh walaupun mundur pada aspek yang lain. Oleh itu, perlu dilemahkan aqidah tersebut.


Hikmah Mehnah dan Tribulasi
  • Menunjukkan sifat kehambaan, tanggungjawab serta pergantungan kepada Allah s.w.t
  • Menampakkan yang haq dan yang batil
  • Sebagai satu bentuk pentarbiyyahan diri dan menghapuskan dosa
  • Meningkatkan darjat taqwa untuk membantu kemenangan Islam
  • Membersihkan diri orang-orang yang beriman supaya keimanan mereka semakin mantap
  • Mendidik generasi menjadi sabar, tangkas dan mempunyai azam yang kuat
Cara-cara Menghadapi Mehnah dan Tribulasi
  • Ikhlas dalam perjuangan
  • Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
  • Berada dalam jemaah
  • Sabar dan gigih dalam menghadapi musuh-musuh Islam
  • Meletakkan cita-cita tertinggi "syaheed dalam perjuangan" sebagai matlamat utama.




No comments:

Post a Comment