Saturday, November 19, 2011

DARI PEMERHATIAN KACA MATA SEORANG MUSLIMAH GERAKAN DAKWAH KAMPUS

Bismillahirrahmanirrahim..

Entah mengapa tangan ini tergerak untuk mencoretkan bait-bait kata ini. Maaf… ini tiada kena mengena dengan siapa, Cuma dapat saya perhati dan simpulkan selama mana saya berkecimpung di dalam gerakan dakwah kampus ini. Kpd yg terlibat dgn Gerakan Dakwah Kampus, kalian takkan lari dan mustahil kalian tidak mendengar perkataan atau ungkapan UBM atau Unit Baitul Muslim. Urmm, memang ini bab ke arah perkahwinan.
          Setiap ahli gerakan, digesa menyertai UBM. Katanya bagi melahirkan keluarga Muslim, yang mana akan menyatukan antara ahli-ahli gerakan dakwah kampus. Unit ini memang bagus. Tapi jika dilihat kebanyakan kaum Muslimin Gerakan memilih Muslimah yang bukan bergerak dalam bidang ini atau dengan kata lain, tidak terlibat secara langsung dengan Gerakan Dakwah Kampus. Urm,, kenapa ye??? Memang jodoh itu dah ketentuan Ilahi. Tapi kenapa kalian yang mencanangkan UBM, tetapi jika dilihat kalian yang tidak ke arah itu. 
          Memang dpt dilihat, selepas tamat belajar, ramai ahli-ahli gerakan yang menamatkan zaman bujang. Bukan menjadi kesalahan jodoh dengan bukan ahli gerakan. Tetapi tertanya juga,,, kenapa bukan kaum Muslimat ahli gerakan yang bukan menjadi pilihan….. Ini yang menjadi persoalan selama mana diri ini terlibat dengan gerakan dakwah kampus ini. 
Kenapa!!!!
Adakah kerana kami, kaum Muslimat ahli gerakan ini kalian lihat dan rasakan kami ini seorang yang lantang bersuara dan berani dalam melakukan tugasan dakwah,, jadinya kalian berasa segan atau rendah diri dengan kami….. Hal ini pernah menjadi pertanyaan kaum Muslimat kepada Muslimin. Kenapa bukan dari kalangan mereka yang dipilih. Wallahua’lam….
          Adakah kerana kami ini adalah golongan wanita yang siang malam,, membonceng motosikal,,, turut serta dalam operasi…. Turut serta dalam demostrasi ini,,, bukan menjadi kriteria pilihan kalian… Adakah kerana sifat kami,, yang turut sama berjaga malam bersama kalian ini,,,, kalian menganggap kami golongan yang tidak sopan…. Wallahua’lam…. 
Kepada kaum Muslimin,, fikir-fikirkanlah untuk kelangsungan Islam.
Kepada Kaum Muslimat yang disayangi Allah sekalian,, jangan kalian berdukacita dengan segala ujian yang menimpa. Ingatlah Allah itu ada, dan janjiNya adalah pasti!!! Jangan bermuram durja kerana hal-hal seperti ini. InsyaAllah Allah telah menyiapkan yang terbaik buatmu…. 
UBM = Unit Baitul Muslim,, tujuan utama untuk menyatukan

No comments:

Post a Comment