Tuesday, December 13, 2011

HUKUM HUDUD DIHINA,, HUKUM BARAT DISANJUNG

JOM SEMBANG-SEMBANG BERSAMA RAKYAT...

Adakah kalian mengetahui isu berkaitan Sembang Rakyat???.. Urmm, cheq xtau nak habaq guane jika ada di antara kita tidak mengetahuinya. Husnuzzon.. Tidak tahu, samaada memang tidak mengetahui, tidak ambil pusing atau sebagainya.. Isu ini sekarang ini masih sehangat pisang goreng yang baru sahaja diangkat dari kuali panas... Fuuh, terbaik..

Jika diamati pada video pertama yang disebarkan, intipati dalam video ini berkaitan dengan reaksi mereka kepada rakyat Kelantan. Video seterusnya membicarakan mengenai Hukum Hudud.. Bagi pendapat saya sendiri, selaku Rakyat Kelantan, kritikan dan reaksi seperti yang dilontarkan dalam video ini tidak sepatutunya boleh keluar. Tetapi begitulah manusia.. Mereka akan mengeluarkan pendapat, buah mulut, sesuatu isu yang tidak disukai secara rela paksa tanpa melakukan sebarang bentuk penyiasatan terlebih dahulu.. 

Video mengenai penghinaan hudud di Kelantan ini dihentikan serta merta kerana ianya memang mempersendakan hukum Allah s.w.t.

Buang segala andaian, komen, pemikiran mengenai isu ini jika ianya berkaitan dengan dunia politik.. YA,, tidak dapat dinafikan memang terdapat unsur-unsur politik dalam Isu ini. AKAN TETAPI, Penghinaan terhadap hukum Hudud bukan sesuatu yang boleh dimain-mainkan. Ianya adalah hukum hakam dari Allah s.w.t. Ini dikhuatiri akan menimbulkan salah faham dan berlaku penghinaan terhadap hukum Allah s.w.t.  

Video ini boleh dilihat sendiri di dalam laman You tube mahupun telah disebarkan di dalam laman sesawang facebook...  
Video tersebut yang berjudul ‘Musim Hudud PAS’ dan ‘Lagi Hudud’ dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.,, Buang segala persepsi kita.. ALAA, NI XDE KIJE LAIN, POLITIK JE,,, Ingat sahabat, ini berkaitan hukum Allah, apa perasaan kita??? 
Jika dilihat kepada lakonan dalam video ini,, Ya Allah, semoga mereka bertaubat. 
Pihak Kerajaan termasuk JAKIM, perlu mengambil tindak drastik akan isu ini dan memberi penjelasan yang sebenarnya kepada isu ini. Rakyat perlu dijelaskan pemikiran mereka. Ini berkaitan hukum Allah, berkaitan juga dengan akidah kita sebagai Umat Islam. Pegangan kita. 
Ini merupakan antara individu yang terlibat dalam video ini.. 


Maaf jika entri ini mengakibatkan sahabat semua memberikan persepsi sebaliknya pada diri ini. Kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Saya hanya HambaNya. Tiada daya kudrat upaya selain darinya.. Wallahua'lam.  

 JAGALAH ALLAH, INSYAALLLAH, PENJAGAAN DARINYA TIDAK DILUPAKAN UNTUKMU..
DENGAR, TELITI, BUANG EGO, PANDU JALAN UNTUK AGAMA ISLAM..


No comments:

Post a Comment