Wednesday, December 21, 2011

MOGA TERUS UTUH BERSAMA DI JALANNYA

SUBHANALLAH

Bergerak dalam gerakan dakwah kampus bukan satu pekerjaan yang bkn boleh dibuat dengan sambil lewa.. Tapi begini la diri ini,,, masih dalam proses pembelajaran.
Allah memilihku berada di jalan ini bersama sahabat tersayang. Gerak langkah kaki ini dalam bidang ini bermula ketika semester pertama di Perbukitan ilmu ukm ini. Pada detik ini, hayatku di Ukm tercinta ini sudah menjangkau ke semester 5 dan hampir melabuhkan tirai pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hikmah terbesar telah Allah letakkan untuk diri ini di Ukm ini... Tekad sebulat hati memilih ukm sebagai pilihan no 1 semasa proses pemilihan upu,, Alhamdulillah Allah sediakan hadiah terbesar dalam hidup ini di sini..
Syukur sangat,, Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakhbar!!!
Dengan keterlibatan diri ini dengan gerakan dakwah kampus dan sekaligus dengan politik kampus,, perubahan telah Allah tentukan bagi diri ini. Segala cakap-cakap orang, ugutan buang kolej,, semua itu tidak dihiraukan.... PENGALAMAN HIDUP merantau dari Kelantan ke Bangi masih berterusan.
Selama tiga tahun di ukm ini, hidup betul-betul sebagai perantau. Tahun 1 tinggal di Kiy, tahun 2 nama diblacklist dari kiy,, kemudian direjected ke KPZ... Setahun berada di Kpz.. diri jauh dari program-program kerohanian kolej,sebagaimana ketika berada di kiy,, setiap waktu solat,tidak akan miss solat berjemaah di surau kolej bersama-sama sahabat yang sefikrah.. Tahun ke 3 di ukm,, tidak dapat mana-mana pada awal semester,tetapi rezeki Allah ada di mana-mana. Dengan result rayuan,dapat Kuo,, setelah sebulan merempat di bilik sahabat di Kab. Alhamdulillah,, sungguh pengalaman hidup ini sebenarnya yang mematangkan diri ini dalam meneruskan kehidupan di ukm yang masih berbaki ini.

 Kenikmatan berukhuwwah

5 semester di ukm,pelbagai jawatan, tugasan, ajak, program,,, kebanyakan telah dirasai.. Dan dalam proses ini juga, pentarbiyahan diri Allah masih lanjutkan.. Allah menyayangi diri ini dengan menempatkan diri ini dalam sedikit permasalahan yang melibatkan organisasi yang terlibat dengan sesuatu organisasi yang lain. Jika tiada sekelumit serbuk kesabaran, kemungkinan besar, akan ada individu yang akan down,, Keterlibatan dengan dunia politik kampus, gerakan dakwah kampus dan dengan pelbagai organisasi amat disyukuri,, Allah memilih diri ini dan sahabat dalam bergerak kerja... KETERLIBATAN DALAM BIDANG INI MEMBANTUTKAN KAMI TERLIBAT DENGAN BENDA-BENDA YANG TIDAK DIINGINI,, Na'uzubillah,,,

 Bersama sahabat dlm Kembara Sambutan Merdeka Gamis

Betul la dengan pemahaman, gerak geri kita, tidak mustahil jika tidak ada yang memperhatikan waima dari segala aspek, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar.. Bukan nak katakan glamour,, tapi sesungguhnya memang begini,,, dari sekecil-kecil masalah apabila disebarkan samaada by mulut atau gerak geri perlakuan, akan mengakibatkan semuanya jadi masalah...

Allahurrabi,, jika ini jalan yang sememangnya perlu kami lalui,, bantu kami untuk teruskan,,,
tidak kami terdaya untuk terus utuh, istiqamah jika tanpa kudrat dariMu Ya Allah...
Bantulah kami, segala kerja, langkah, kudrat, hati, jiwa, perasaan sentiasa di jalan ini.. permudahkanlah segalanya,, ringankanlah segala masalah dan penderitaan yang dialami oleh manusia-manusia yang Engkau pilih untuk diberi ujian... Jauhkanlah segala perkara buruk yang boleh menyebabkan kami futur di jalan ini

JAUHKAN KAMI DARI PENYAKIT FUTUR,, jadikan kami
Kenyang, seronok, tenang, tenteram, gembira, bahagia sentiasa di jalan ini.

Subhanallah....Ini wadah kami di ukm ini..

No comments:

Post a Comment