Tuesday, December 27, 2011

Apa Itu Ikhtilat,, Apa akibatnya, apa pandangan agama Islam



Assalamualaikum.
Syukur ke hadrat Ilahi, dalam fatrah peperiksaan ini. Allah s.w.t masih memberikan diri kita kekuatan untuk terus mengabdikan diri ke jalanNya. InsyaAllah. InsyaAllah untuk kali ini saya akan membicarakan mengenai ikhtilat. Apa itu ikhtilat?? Mari sahabat-sahabat kita sama-sama belajara. Daripada carian Mr. Google, ikhtilat ditakrifkan sebagai pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa mahram. Sememangnya isu ini sudah menjadi percakapan umum sudah sekian lama, tapi biasalah kita manusia, sentiasa mahu "dipanaskan" dalam segenap hal.

Allahurabbi.. semoga Allah terus menjaga diri kita semua. Biarlah diri kita tidak dikenali, tetapi Allah sentiasa menjaga kita. Muslimah sejati itu ;
Tiada Nama Lelaki Di Bibirnya, Dan Tiada Namanya Meniti Di Bibir Lelaki
Muslimah Sejati, Tidak Memandang dan Tidak Suka Untuk Dipandang. SUBHANALLAH

Dimanakah kita, bagaimanakah kita, Siapakah kita, Kita yang tahu sendiri siapa diri kita. AYUH BERUBAH demi kemaslahatan diri, agama dan kehormatan diri kita semua wahai muslimat. Tetapi hal berkaitan ikhtilat ini, semuanya terlibat samaada lelaki mahupun perempuan. Waima dalam gerakan dakwah kampus sendiri juga tidak dapat lari dari hal ikhtilat ini.IKHTILAT bukan hanya apabila kita berhadapan antara manusia, tetapi ikhtilat juga PERLU dijaga di alam maya, seperti di Facebook, Yahoo Mail dan sebagainya. Kita tahu segalanya. Ayuh berubah.



No comments:

Post a Comment