IKTIBAR DARI DRAMA TANPA LAKON LAYAR
Alhamdulillah. Allah memberikan kita pinjaman buat diri kita untuk sentiasa dalam pengabdian hidup ini.
Hari ini studi sambil dengar Radio ikim.fm,, kebiasaannya. Penuh iktibar drama hari ini. Walaupun hanya didengari dengan kata-kata tanpa betul-betul drama seperti dalam televisyen.
'Kisahnya berlaku ketika mana Suraya dlm keadaan koma akibat kemalangan. Kemalangan terjadi ketika mana Suraya dan kekasihnya dlm perjalanan ke rumah teman lelakinya semata-mata untuk melakukan perkara keji. Kekasihnya Helmi sentiasa membawanya pulang ke rumah Helmi pada setiap hujung minggu semata-mata untuk melakukan maksiat. Mereka sentiasa melakukan zina pada hujung minggu..
Suatu hari saat detik mereka diuji oleh Allah. Kereta yang dipandu oleh kekasih Suraya, Helmi, bertembung dengan sebuah lori, Pemandu lori dan juga Helmi, kekasih hati Suraya, meninggal dunia di tempat kejadian.
Hanya Suraya yang masih diselamatkan Allah, walaupun koma selama 2 minggu.
Dalam keadaan koma, Suraya mengalami banyak mimpi-mimpi buruk sebagai iktibar kepada segala perlakuan yang dilakukan oleh Suraya. Di dlm keadaan koma, Suraya didatangi oleh seorang lelaki dlm keadaan darah seluruh tubuhnya. Lelaki itu ialah Helmi. Keadaan Helmi sebegitu rupa adalah kerana akibatnya Helmi tidak menjaga Suraya, Helmi melakukan perkara hina dlm hidupnya sehingga menyebabkan Suraya mengandung.Kandungan Suraya gugur akibat kemalangan ini.
Suraya koma akibatnya tercucuk kaca dlm kepalanya.
Suraya dan Helmi merupakan golongan mahasiswa IPTA tempatan. Selain itu, Suraya juga didatangi oleh seorang makhluk yang menganggunya dgn menyerang Suraya, menakut-nakutkan Suraya. Ini adalah perkara-perkara buruk yg telah dilakukan oleh Suraya. Seorang wanita datang kepada Suraya dengan keadaan ianya mengoyak tubuh badannya dan memakan dagingnya sendiri. Wanita ini adalah tubuh diri Suraya sendiri yang tidak menutup aurat ketika di alam pelajaran, Suraya hanya menutup aurat apabila berada di hdpn emaknya shj.
Suraya juga turut didatangi oleh kehadiran ayahnya yg sudah meninggal dunia. Ayahnya memintanya kembali ke pangkal jalan. Tinggalkan segala maksiat, mintalah ampun kepada ibunya. Suraya dididik dengan didikan agama oleh ibunya sejak dari kecil. Suraya dididik supaya tidak bergaul dengan lelaki bukan mahram, sentiasa menutup aurat. Tetapi sebaliknya Suraya lakukan apabila berada jauh di IPTA, jauh daripada penglihatan ibunya.. Subhanallah.
Suraya diberi peluang kedua oleh Allah s.w.t untuk kembali ke jalan benar. Tinggalkan segala dosa maksiat yang dilakukan.
Iktibar drpd blsn :
* Melakukan zina = didatangi oleh makluk yang menakutkan.
* Tidak tutup aurat = Koyak diri sendiri sampai nampak isi, dan makan daging diri sendiri setiap masa, sentiasa berulang. Diri sentiasa dalam keadaan berlumuran darah.
* Melakukan hubungan tidak halal = Tubuh dlm keadaan diselubungi darah, dibakar dlm api neraka.
BANYAK IKTIBAR DIPEROLEHI.. SUBHANALLAH.
P/S buat diri sendiri dan sahabat semua :
Suraya masih diberikan peluang kedua untuk bertaubat, kita?
Masihkah ada peluang kedua dariNya. Setinggi manakah kita utk memohon peluang kedua. Siapakah kita.
JOM, SAHABAT,, SAMA-SAMA MENGISLAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN...
DOAKANKU UNTUK KEMASLAHATAN KITA SEMUA,, sama-sama berubah, sentiasa takutkan Allah, sentiasa lakukan taubat, dekatkan diri kepadaNYA....
"kOREKSI Diri berSAma "
- Sejauh mana kita menjaga aurat kita???
- Sejauhmana kita menjaga Ikhtilat, pergaulan kita dengan bukan mahram.
- Ingat ye, walaupun kita menganggap seseorang itu sebagai adik sebab umur muda drpd kita, tetapi dia masih ajnabi buat kita'...
AYUH SAHABAT,, walau diri tidak dikenali, tetapi Allah menyayangi kita...
SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALA ILAHAILLAH, ALLAHUAKHBAR...
Ya Allah, bantulah kami sentiasa konsisten dlm menutup aurat, tetapkanlah hati kami sentiasa di jalanMu, Ya Allah, permudahkanlah segala urusan gerak kerja demi agamaMu. Tanpa kudrat inayah dariMu, kami tiada daya upaya untuk terus untuk di jalan ini.
Terima kasih dan rasa syukur kami panjatkan kepadaMu, Engkau memilih kami berada dalam titian ini. Subhanallah.

No comments:
Post a Comment