Bismillah walhamdulillah,
Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakhbar.
Segalanya ditujukan kepada Yang Maha Esa dalam pengabdian hidup ini. Menjangkau tiga tahun di UKM bangi. Dunia mahasiswa dirasai dengan pelbagai onak duri. Aku seorang mahasiswa yang dipilihnya untuk bersama-sama sahabat yang dirahmati Allah dalam gerakan dakwah kampus. Alhamdulillah. Kami diajar dengan segala-galanya menjadikan kami mahasiswa yang kental jiwa, berani dalam segenap hal. Aku sangat-sangat bersyukur Allah memilih diri ini di jalan ini. Coretan ini dinukilkan dengan semangat membara atas segala apa yang terjadi kepada kebanyakan mahasiswa yang berani menuntu bela akan ketidaksamarataan yang diberikan kepada semua mahasiswa.
Selama aku dalam bangku mahasiswa, banyak isu-isu atau kes yang melibatkan mahasiswa tidak kira dari mana-mana IPTA/IPTS sekalipun. Antaranya :
(1) 2010 : Kedatangan FRU di UKM, Bangi. Kebangkitan mahasiswa Ukm meresahkan pihak pentadbiran sehingga FRU dijemput untuk mengawal keadaan.
(2) Tahun 2010 melihatkan berlakunya pengkhianatan kepada demokrasi kampus. Seluruh kampus megadakan Demokrasi Kampus Mati. Termasuklah Ukm.
(3) 1 Januari 2011 : Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia. Anak Muda Sayang Malaysia di Padang MPPJ..
(3) 1 Januari 2011 : Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia. Anak Muda Sayang Malaysia di Padang MPPJ..
(4) 2011 : Pro mahasiswa menawan banyak universiti-universiti terutama di Lembah Kelang dalam Pilihanraya Kampus.
(5) Tahun 2011 ini juga merupakan tahun kebangkitan anak muda, Mahasiswa Malaysia.
(6) Isu UKM 4 melibat 4 mahasiswa UKM Bangi. Kesemuanya merupakan mahasiswa Sains Politik, terlibat dengan satu pilihanraya kecil di negeri Selangor. Dibicarakan dengan AUKU, Alhamdulillah, keadilan memihak mahasiswa ini.
Antara yang terlibat dengan kes ukm 4
Antara yang terlibat dengan kes ukm 4
(8) Penghujung 2011 : Berlakunya Demostrasi BEBAS bersama menuntut kebebasan Akademik. Diketuai oleh Presiden PMIUM, Safwan Anang Talib.
(9) Adam Adli, Mahasiswa UPSI, didakwa di bawah AUKU, kerana bertindak menurunkan bendera PM, DS Najib dan ditukarkan dengan mengibarkan bendera BEBAS dlm masa tidak sampai 10 minit.
(11) Malam Tahun Baru 2012, berlaku demostrasi di hadapan UPSI, menuntut pembebasan Adam Adli daripada digantung pengajian. Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dikejarkan ke Hospital, tidak sedarkan diri. Beberapa mahasiswa ditahan.
(12) Pada 1 Januari 2012, berlakunya perhimpunan di hadapan Balai Polis Slim River menuntut agar dibebaskan mahasiswa yang ditahan.
~ Dengan kudrat dan segala pinjaman dariMu Ya Allah, kuatkan langkah kami untuk terus berdiri dalam menegakkan kebenaran ini. ~
Kenapa kami berani???
Kerana kami tahu, kami di pihak yang benar. Kami melakukan perkara yang benar. Kami mewakili semua suara mahasiswa seluruh Malaysia.
Jangan dicabar MAHASISWA..Jiwanya BESAR dan MERAH!!
RESAM MAHASISWA :
"JIKA DIsekat MELAWAN di tahan MENGGANAS..
Ditanya MENJAWAB..Dipukul MEMBALAS!!!"
Tiada Niat tuk ber"musuh" dengan sesiapa,
Tiada Daya tuk puaskan hati Semua,
Hanya bersandar kepada "Percaya",
Perjuangan MAHASISWA adalah UTAMA
HANYA ALLAH SEGALA-GALANYA
HANYA ALLAH SEGALA-GALANYA
No comments:
Post a Comment