PENGALAMAN TAHUN BARU
Apabila setiap orang berbicara mengenali tahun baru Masihi, diri ini juga cuba untuk turut membicarakannya. Alhamdulillah, tahun Baru Hijri sudah sebulan lebih di sambut oleh seluruh umat Islam. Subhanallah. Hampir 2 tahun setengah berada di Perbukitan Ilmu Ukm menimba ilmu dunia dan akhirat. Alhamdulillah 3 tahun berada di ukm, 3 tahun ini jugalah diriku berkesempatan menyambut tahun baru dengan menyertai Ekdpidisi Dakwah anjuran GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia).
Tahun 2010 = Dataran Merdeka
Tahun 2011 = KLCC
Tahun 2012 = Dataran Merdeka
Sepanjang penyertaan dengan XPDC Dakwah ini, Alhamdulillah, diri ini dapat membina keberanian dan mencari pengalaman berhadapan dengan sasaran dakwah dan bersesuaian dengan bidang pengajian di Ukm ini iaitu Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Alhamdulillah, Allah gerakkan langkah kaki dan hati ini untuk turut serta dalam XPDC ini setiap tahun ketika keberadaan di Perbukitan Ilmu ini. Subhanallah.
XPDC Dataran Merdeka
Setiap tahun apabila, pengalaman yang diperolehi berbeza. Jika diimbas secara ringkasnya, XPDC di Sekitar Dataran Merdeka kurang mencabar bagi pandangan saya sendiri. Tetapi oleh kerana sasaran utama XPDC adalah terhadap orang Melayu atau masyarakat Malaysia, jadinya dua tahun dilakukan di Sekitar Dataran Merdeka. Seawal dari sebelah petang lagi, kami mahasiswa dari IPTA/IPTS seluruh Malaysia akan berkumpul di Masjid Jamek dan akan bergerak selepas jam 11.00 malam menjalankan dakwah. Dalam langkah kami mencari sasaran dakwah yang terdiri daripada pasangan ‘couple’, anak-anak remaja, setiap orang mahasiswa dibekalkan dengan risalah-risalah GAMIS, air dan sedikit makanan ringan untuk diberikan kepada mad’u. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat dari pelbagai peringkat umur.
Antara gambar-gambar yang di'snap' ketika XPDC Dakwah 2012
Percikan bunga api tanda masuk tahun baru
XPDC DI KLCC
Sambutan Tahun Baru 2011, Xpdc Gamis dijalankan bermula dari Masjid As-Syakirin seterusnya sekitar KLCC. Dengan menyertai xpdc ini, jujurnya dapat mengenali nama-nama tempat ini :
I-SETAN, BUKIT BINTANG, CHOW KIT ROAD.
Malaysia sebuah Negara Islam, tetapi kurang menampak identiti ini. Nikmatnya hidup sebagai mahasiswa dengan melibatkan diri dengan aktiviti seperti ini.Dari Masjid As-Syakirin kami memulakan xpdc dakwah kami sehingga ke Bukit Bintang. Subhanallah. Dlm perjalanan pelbagai fenomena dpt dilihat. Dapat lihat dengan dekat keadaan disko, pub, kelab malam,, fuuh sangat mencabar kredibiliti sungguh. Sepanjang perjalanan mencari sasaran, kami juga dihidangkan dengan botol-botol minuman keras bersepah di bahu-bahu jalan.
ANTARA YANG BERLAKU DI MALAM TAHUN BARU :
· Pembaziran wang oleh rakyat dan kerajaan. Bunga api untuk sambutan tahun baru.
· Berleluasa maksiat.
· Orang ramai bergelandangan.
· Sampah bertaburan di sepanjang jalan.
· Syaitan-syaitan bergembira suka ria menyaksikan manusia leka dan terjebak dalam dunia maksiat.
BERFIKIR JUGA :
~ Apakah dengan tiadanya percikan bunga api, tiada sambutan tahun baru.
~ Adakah semestinya perlu diadakan konsert Count Down oleh artis-artis setiap kali sambutan Tahun Baru.
~ Kerajaan yg memerintah, tidakkah difikirkan pembaziran yang berlaku di malam tahun baru ini.
~ Bilakah Malaysia akan betul-betul mendaulatkan tatacara Islam dalam pentadbiran.
~ Bolehkah disamakan keadaan rakyat Malaysia menyambut tahun baru sama dengan keadaan menteri-menteri, pemerintah-pemerintah menyambutnya,, dengan hiburan…
~ AKU ANAK MUDA SAYANG MALAYSIA.. BILAKAH MALAYSIA AKAN BETUL-BETUL DIDAULATKAN SEBAGAI NEGERA ISLAM BUKAN ATAS KERTAS SAHAJA.??? ~
No comments:
Post a Comment