* "Mila, Hang tengah buat apa pagi ni?". Tanya Siti kepada kawan sekelasnya di pagi-pagi hari cuti hujung minggu. "Saya tengah studi ni". Studi menda???,, Studi internet, jawab Mila...
* Aduuh,, pagi-pagi pun mengadap benda tu".. Ngomel Siti.
* 'Biasa la, anak muda alaf baru',, tersengih-sengih Mila dengan jawapannya tadi...
Mungkin ini setengah daripada ayat-ayat anak-anak muda masa kini. Sesungguhnya, kini alam dunia mengalami satu perubahan yang sangat drastik. Mungkin seseorang itu ketinggalan zaman jika tidak mengetahui apa itu facebook, twitter, my space dan sebagainya yang berkaitan dengan internet. Kemudahan ini lebih menepati kepada kemudahan dalam berhubung antara manusia. Dunia sekarang ini dilingkungi oleh fenomena internet. Dunia alaf 21, dunia serba moden.
Dunia di Hujung Jari
* Apakah ini??? Semuanya sudah mengerti.. Dunia di hujung jari. Beginilah fenomena suasana dunia sekarang ini. Boleh dikatakan segala maklumat boleh diperolehi hanya menekan butang-butang komputer melayari internet. Di alam internet, pelbagai informasi dan pengetahuan boleh diiperolehi. Sebagai contohnya, berita harian. Selain mendapatkan helaian surak khabar, manusia zaman sekarang ini mengambil satu kemudahan lagi dengan melayari internet. Pelbagai berita boleh diketahui samaada dalam atau luar negeri. Tetapi, kesohihan sesuatu berita bergantung kepada penilaian pembacanya. Wallahua'lam. Jika boleh digambarkan kemungkinan dunia sekarang semuanya diliputi oleh internet.
Belajar pun boleh
Tuiit,tuiit.. Telefon Nira berbunyi menandakan ada signal mesej menyapa masuk.
" Nira, jom pi ptsl petang ni, nak buat discusion exam Sistem Pentadbiran Islam. Dalam lepas ye".
' Muna, kita discusion by ym la ye'.. Nak keluar pi PTSL ni,, adooii malas la saya'.. Nira balas mesj Muna.
Jawapan mesej Muna : "Errmm, xpe la kalau gitu, nanti saya mesej kepada Wan dan Karamah, awak ajak discusion dengan ym.. Ke guaner???"..
~ Sedikit cerita hidup~. Beginilah manusia, dengan ada kemudahan internet ini, semuanya boleh diberikan alasan. Tapi sememangnya ianya tidak akan memberikan kesan yang boleh dibanggakan. Manusia akan mula memberikan pelbagai alasan. Manusia tidak akan lari dari hidup dengan alasan. Sehinggakan saat untuk proses pembelajaran pun boleh dengan menggunakan kemudahan internet ini. Subhanallah.
Kelebihan dan Kelemahan Daripada Kemudahan ini
~ Kelebihan ~
* Segala maklumat boleh diperolehi dengan mudah, pantas, tidak perlu bersusah payah.
* Manusia menjadi lebih ke hadapan, tidak ketinggalan zaman, open minded dan sebagainya.
* Dapat berhubung dengan pelbagai manusia.
* Kelebihan kepada agenda dakwah, artikel-artikel berkaitan boleh disebarkan.
~ Kelemahan ~
* Kesohihan maklumat yang diperolehi diragui.
* Mudah tersebarnya segala perkara buruk seperti fitnah, menceritakan hal-hal orang lain.
* Mudah untuk berlaku sebarang perkara buruk.
* Mementingkan diri sendiri.
* Manusia akan leka dengan dunia internet sehingga boleh mengabaikan hak dengan Allah dan manusia.
Internet, ketiadaanmu boleh menyebabkan keresahan manusia dalam proses mendapatkan sesuatu. Tetapi dengan adanya kemudahan ini, segalanya boleh dicapai.
~ Semoga dengan adanya kemudahan ini, kita semua boleh memanipulasinya ke arah kebaikan. Elakkan mencari kesalahan orang, gandakan ke arah kebaikan. InsyaAllah, redha Allah mengiringi kita semua umat Islam ~.
No comments:
Post a Comment