Assalamualaikum. Salam Kasih Sayang buat Hamba Allah s.w.t. Umat Nabi Muhammad s.a.w.
Salam Juang buat hambaNya yang terpilih menjadi mata rantai perjuangan junjungan tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah. Salam Persahabatn kepada hamba Allah yang membaca entri ini {jika ada yang membacanya}. Terima kasih. Subhanallah.
InsyaAllah, kali ini hamba ingin berkongsi sedikit ilmu dariNya berkaitan dengan dakwah.
APA ITU DAKWAH??? Siapa yang terlibat??? Bagaimanakah???
Situasi dunia kini, apabila berbicara mengenai dakwah, pelbagai persepsi akan terlintas dalam fikiran. Setiap manusia tidak kira dari pelbagai bidang pengajian, latar belakang sekalipun, semua manusia berhak dalam hal dakwah ini. Cumanya, ianya menjadi satu tanggungjawab besar kepada golongan yang mempunyai ilmu yang berkaitan yang boleh digunakan dalam mengajak manusia kepada kebaikan. DAKWAH adalah satu ajakan dari seseorang atau sekumpulan manusia kepada ke arah kebaikan. Bidang ilmu dakwah ini seharusnya mesti diterima dan digerakkan oleh setiap manusia.
Gerak kerja dakwah boleh dalam pelbagai cabang samaada
~ melalui media :
Jika dilihat pada masa sekarang, boleh dikatakan setiap manusia mengetahui dan mengambil tahu mengenai IT seperti Televisyen, Radio, lebih-lebih lagi laman sesawang seperti facebook, blog, dan sebagainya. Jika ingin sampaikan dakwah melalui siaran televisyen, tidak semua boleh diudarakan. Terdapat beberapa sahaja yang diterima oleh saluran tersebut tidak kira samaada hak swasta mahupun kerajaa, begitu jugalah dengan radio. TETAPI, Jika melalui laman sosial seperti Facebook mahupun blog, semua orang boleh gunakannya dan tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan. FB dan juga BLOG amat berperanan dalam menyebarkan risalah dakwah. Seperti fenomena Ustaz Azhar Idrus, dalam waktu yang singkat segala ceramah-ceramah dan isu-isu dakwah yang dibawa boleh diikuti oleh segenap peringkat usia. Contohnya dengan mendengarnya melalui You Tube mahupun pelbagai bacaan lain lagi.
~ Melalui bahan bacaan :
~ Melalui tingkah laku :
... Bukan semua manusia boleh menerima dakwah yang kita sampaikan. Hidayah Allah itu hanya hak milikNya. Kita sebagai manusia hanya sebagai wasilah dalam mendapatkan hidayah Allah itu.
Sesetengah dakwah yang dilakukan berjaya menarik manusia ke arah kebaikan adalah melalui gerak geri, tingkah laku orang yang menyampaikan dakwah tersebut.
JOM, jadilah kita antara yang tergolong dalam kumpulan yang sama-sama menyeru manusia kepada jalan kebaikan.
Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 125, maksudnya :
" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk ".
No comments:
Post a Comment