Sunday, January 15, 2012

<<< Ceritera Hidup >>>

Amina sendirian menghirup udara segar, angin petang di kolej kediamannya. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi, saat detik ini usiaku Allah masih panjangkan dan menjangkau 23 tahun. Terdetik satu perasaan yang tidak dapat diungkap selain Allah yang mengerti segalanya. Amina menghela nafas panjang. Semuanya bermain dalam fikirannya. Kenangan hidup sebagai mahasiswa. Hanya tinggal satu semester sahaja lagi, Amina akan menamatkan pengajian di Pusat Pengajian terulung negara ini. Terimbau kembali 4 tahun yang lepas. Amina nekad dan sangat mengharapkan agar dapat masuk ke Pusat Pengajian ini dan Alhamdulillah, Allah memakbulkan segalanya. Amina ditawarkan untuk mengikut pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam. Syukur Alhamdulillah.
            Semangat yang membara untuk bersama-sama menjadi salah seorang warga pusat pengajian yang terkenal dengan Perbukitan Ilmu. Rupa-rupanya di sebalik semangat yang membara untuk sama-sama berada di Perbukitan Ilmu ini, Allah menyediakan hadiah yang terbaik untuk Amina sebagai mahasiswa. Dengan ditakdirkan Allah,  Amina dipilih olehNya terlibat dalam gerakan dakwah kampus. Keterlibatan Amina dengan bidang ini bermula apabila Amina menyertai program-program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam induk di universiti tersebut. Amina seorang diri, terkapai-kapai dalam mencari arah tuju. Pada semester, tahun pertama di Perbukitan Ilmu ini, semua perkara menjadi suatu yang sangat-sangat ganjil. Maklumlah, anak kampung datang ke bandar. Macam mana jadinya. 

    Terimbau seketika suatu detik bersama sahabat, Siti Fatimah di suatu petang, di bawah pohon rendang.
            “ Assalamualaikum ”. Amina. Sayup-sayup suara memanggil. Panggilan itu tidak disahut oleh Amina. Dia masih lagi termenung, menerawang jauh ke langit biru.
Amina!!!.. Teriakan Siti Fatimah, mengejutkan Amina dari lamunannya.
Ye, saya. Kenapa?. Tanya Amina dengan suara lembutnya.
“Amboi,jauh termenung, panggil pun buat tak tahu je”, ngomel Siti Fatimah yang hanya dipanggil dengan nama singkatannya, Siti.
“He,,he”. Senyum Amina menampakkan baris giginya yang putih dan cantik tersusun rapi.
‘Tengah buat apa, jauh nampak termenung. Ingatkan siapa, pakwe ke?. He,he, ketawa Siti menyakat Amina. Amina sudah faham benar akan karakter kawan karibnya ini. Seorang yang periang, tidak nampak raut wajahnya dalam masalah. Amina kagum dengan kawannya yang seorang ini. Siti pandai menyimpan segala masalah yang dihadapi dan bersedia mendengar masalah dan luahan rasa kawan-kawan yang datang meluahkan perasaan kepadanya, termasuklah Amina.
“Takde la, keluar jap dari bilik, lepas studi Etika tadi. Release tension. Jawab Amina kepada soalan Siti.
‘Oooo, saya perhatikan awak dari tadi lagi, tapi biarkan sahaja. Tidak mahu menganggu’.
“Siti”, lembut suara Amina menuturkan nama sahabatnya itu.
‘Ya, sahut Siti dan siap sedia mendengar kata-kata seterusnya dari Amina.
            “Pejam celik, pejam celik, sudah sampai penghujung semester kelima kita sekarang di universiti ini. Sedih, nak tinggalkan. Rasa macam tidak mahu keluar lagi. Status mahasiswa itu ingin digalas sampai akhirnya”. Sebak Amina menyusun kata-kata. “ Mungkinkah keterlibatan saya dalam gerakan dakwah kampus ini akan berpanjangan ketika mana saya sudah tidak menjadi mahasiswa lagi? Saya takut, andai selepas bergraduasi, semua keringat yang saya sumbangkan di kampus ini. Allah hentikan. Nau’zubillah. Takut”.
            ‘ Aii, kenapa ni. Saya tahu sahabat saya seorang yang kuat. Amina, jujur untuk saya katakana di sini. Saya bangga dengan Amina. Saya kutip kekuatan Amina. Amina seorang yang tegas, kuat, dan semangat dalam bergerak kerja. Amina, bersyukurlah, Allah memilih Amina untuk bergerak kerja dalam gerakan dakwah kampus ini. Walaupun Amina Nampak sibuk, jarang sekali Amina dapat bersama kami dalam setiap perkara, tapi ketahulah kami bangga dapat mengenali Amina”. Siti cuba menuturkan kata-kata penguat kepada sahabatnya itu.
“ Kami? Siapa?. Bingkas Amina menukar kedudukan dari menyandar di kerusi batu kepada keadaan yang lebih stabil. ‘Kami tu, termasuklah saya, Raihan, Adah’. Jawab Siti kepada soalan yang dilontarkan Amina.
“Terima kasih kerana kalian memahami kondisi saya. Saya dipilih Allah terlibat dalam kerja-kerja ini. Saya bukan merungut. Saya tidak letih, tetapi jauh di sudut hati saya. Saya kurang bersama dengan kalian. Dengan keadaan kita sendiri pun, kita sudah tidak bersama lagi. Maafkan saya”. Saya sebenarnya tidak pandai membahagikan masa saya. Tiada alasan yang perlu saya berikan. Sungguh tiada alasan. Tapi, ntah. Saya tidak tahu apa puncanya. Maafkan saya”.
‘ Tidak mengapa, kami faham, kami menyokong dari belakang. Kami sedia membantu Amina dalam apa-apa perkara”. Tutur Siti.
…………………………………………………………………………………………………………….
            Kedengaran lagu Asma Ul Husna mengejutkan lamunan panjang Amina. Mesej dari Raihan.
‘Salam. Akak ade katne. Kami dah nak balik rumah ni. Saya dengan Siti, Adah. Nak gerak turun tunggu Rapid. K.Amina katne, nak jumpa. Kami Bus Stop sekarang. Amina membalas mesej daripada Raihan.
Amina bergerak ke Bus Stop Kolej Tengku Kursiah untuk berjumpa dengan mereka.
‘ Kami balik dulu ye, duduk baik-baik ye, Take care. Apa-apa ingat Allah’. Pesan Raihan. Siti dan Adah hanya menghadiahkan senyuman manis.
‘ Kami tahu Amina kuat, semangat ye. Selamat menjalankan tugas di JalanNya. Kami doakan yang terbaik buat Amina’. Sambung Adah menceriakan keadaan.
“InsyaAllah, Allah akan pertemukan lagi kita. InsyaAllah”. Tutur Siti dengan menghadiahkan pelukan seorang sahabat.
            Setelah tiba Bas Rapid bergerak dengan mengeluarkan ekzos asapnya berlalu pergi, Amina menghantar kepulangan mereka bertiga ke kampung halaman dengan satu kata yang tidak dapat diungkapkan. Satu perasaan mula menerjah dalam fikiran. Mungkinkah ada lagi pertemuan selepas ini. Adakah ini saat terakhir aku berjumpa dengan kalian? Arrgghh.. Tidak mungkin. Kita akan berjumpa lagi. Sayang kalian, sahabat tercinta. Terima kasih kerana Allah menemukan kita. 

            Amina bermonolog sendiri sambil berjalan pulang ke bilik. Fikiran mula menerawang ke serata alam. Amina berjalan tanpa menghiraukan suasana sekeliling. ‘Kenapa aku jadi begini? Mudah rasa keseorangan, rendah diri, kurang semangat. Apa yang kurang?’. Ooo, aku kurang makanan jiwa. Makanan jiwa, makanan rohani pada semester ini, jika dicongak balik, memang diri ini kurang memperolehinya. Yeah!!! Semangat!!! Terima kasih sahabat. Sayang Kalian KeranaNya. Kata-kata terakhir Raihan tadi, cukup menaikkan semangat diri Amina untuk kembalikan kekuatan diri yang sebenarnya. Yeess,, Aku boleh, boleh dan boleh. Kuatkan hati, hayunkan langkah, gerakkan minda. Lontarkan segalanya. Minta, doa dan mengadulah kepadaNya. Kekuatan perlu digapai balik. Mintalah Allah kuatkan semangat untuk terus di JalanNya.
            Inilah hadiah terbesar yang Allah berikan kepada Amina ketika mana Amina mula-mula melangkahkan langkah pertama di Perbukitan Ilmu ini. Amina dipilih olehNya bersama-sama sahabat seperjuangan bergerak kerja dalam gerakan dakwah kampus. Segala ujian di kampus ini, diterima dengan rela hati. Hanya ujian kecil jika hendak dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah s.a.w menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
“ Ya Allah, dengan rasa rendah dirinya, hamba memohon agar diampunkan dosa kedua ibu bapaku, dosa sahabat seperjuanganku, dosa-dosa Muslimin Muslimat, Umat Nabi Muhammad tercinta. Ya Allah, hambaMu ini memohon maaf atas segala kekhilafanku. Hamba hanya seorang makhluk yang diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaMu yang mana kadang-kadang lupa akan amanah besar ini. Ya Allah, jauhkanlah kami dari segala-gala perkara yang boleh menjadikan hubungan kami denganMu menjadi jauh. Nau’zubiilah. Jauhkanlah. Ya Allah, jauh di sudut hati insan yang lemah ini, ku amat takut andai semua nikmat perjuangan yang Engkau berikan kepada kami di kampus ini hanya tinggal kenangan dan hanya membara di kampus ini sahaja. Ku panjatkan doa kepadaMu, agar kenikmatan berjuang di JalanMu ini terus Engkau berikan kepada kami sehingga ajal menjemput kami. Ya Allah, kami hamba lemah lagi hina, Engkau pandanglah segala gerak kerja kami ini dengan pandangan yang sebaiknya. Tiada gunanya, jika segala keringat yang disumbangkan tiada nilai di sisiMu”. Allahurrabi.

            Rintih suara Amina memanjatkan doa usai Solat Maghrib. Lama Amina berteleku di atas sejadah kali ini sebelum mencapai Kalamullah untuk dibacakan ayat-ayat suci itu. Air jernih dengan tidak dipinta mengalir laju membasahi telekung solat. Segalanya akan menjadi kenangan dan semangat. Semoga semangat ini akan terus membara buat selamanya.

Terima kasih Ya Allah, Engkau memilih diri ini untuk sama-sama merasai nikmat perjuangan ini. Terima kasih. 


~ Terima kasih Siti Fatimah, Siti Raihan, Siti Saadah. Ku meminjam nama kalian untuk dijadikan watak dalam ceritera hidup ini ~

No comments:

Post a Comment