Monday, January 16, 2012

<<<<... Air Jernih >>>>


Aku buka blog, tangan menaip. Bait kata terungkai melalui minda yang tengah berpusing memikirkan pelbagai perkara. Aku buka blog. Hanya di sini sahaja, ku merasakan dapat keluarkan segala perasaan. Keluarga jauh di kampung, tetapi diri ini tidak suka mengadu kepada keluarga. Jadinya, aku mengadu di sini.

Hari ini {16 Jan} dan semalam {15 Jan}. Hidup jadi tidak keruan.

Semalam, air mata merembes keluar, teringat kat orang rumah. Nekad keluar dari bilik. Ambik air semayang, bersiap, keluar bilik. Destinasi, tidak tahu ke mana. Bawa diri, dengan tong air Perdana, nota di tangan. Sambil berjalan, fikiran menerawang. Ikut sahaja langkah kaki. Akhir sekali tersadai di Pusanika selepas meletakkan tong air di Bilik Perdana, Bilik Anak Negeri Kelate. Nota dibuka, konon untuk membaca, nak fokus tapi, tidak boleh. Fikiran menerawang ke serata alam.
Berjalan ke Fssk, masuk surau. Duduk sekejap, keluar balik. arrghhh... Jalan balik ke Pusan. Last-last sekali tersadai di Bilik Perdana. Pukul 6.30, kaki bergerak menghayun langkah, jalan pulang ke uo. Fikiran masih menerawang... Sesekali melihat kenderaan yang lalu lalang.. Aaahh,, apa nak hirau, semua itu aku tidak ambik pusing...
Kaki berjalan, hingga sampai kat kerusi batu depan court badminton uo. Nota Etika sekali lagi dibuka. Alamak,, xleh fokus,,, termenung,,, melintas di hadapan pandang, di seberang jalan, orang berjoging, rajin jugak pelajar ukm ni. Aku je yang malas... Aaahh,, fikiran semakin merapu.. Kaki dihayun berjalan ke kafe.. Titik...

Malam, alhamdulillah, boleh studi. Telefon berdering. Pukul 11.15, Abah telefon. Hah, terbaik.. macam tau2 je,, Berbual panjang, dengar suara abah, mi, saifudin,, tenang dalam damai. Esok pagi exam, alhamdulillah boleh jawab, tapi tak cukup masa. 



16 Januari 2012
Hari ini ke Tasik Kejut bersama Exco Muslimat Perdana. Joging, makan, gambar, borak, luah perasaan. Waahh,, baru hang tahu. Begitu, begini nilaian orang kepada dirimu, wahai Azmanira. Air jernih mengalir lagi. Sayu, sedih, bungkam. Tak terkata. 7.00 malam, kami hayun langkah balik ke kolej... 
Jam menunjukkan angka 9.00 malam. Bilik diketuk. K.husna..
"Nira, ni duit, letak kat sana deh"...
"Tolong chek out untuk K.Husna"... Kita jumpa kat Permai deh..
Eh,saya xgi Permai,, okey la.. Salam, cium tangan K.Husna,,, da, da. K.Husna.. tanpa K.Husna sedari, air jernih ku mengalir lagi.... Selamat Pulang ke kampung halaman ye Akakku.. 
Waa,, ada lagi..

9.50 malam.. Mesej masuk.. Dari PB Mah.. Singkatan untuk Perdana Baru Karamah.
"Salam.. bk fb deh, sy post benda penting"..

Fb Dibuka,, Wall Tinta Islami, Catatan Karamah Yusof.

~ salam... buat sahabatku Siti Nursyamila, Siti Fatimah, Munawwarah Muna, Tinta Islami, Saidatun Nisak Aris, minta maaf ya sorok kan bnda ni, kawan kita Wan Munirah akan menjalankan perbedahan esok 17/1, kita doakan agar beliau selamat. :) we are friends always..♥♥♥

Tidak semena-mena, mengalir lagi!!! 

Waa,, ku rasakan dua hari ini, adalah hari untukku mengalirkan air jernih ini.. Mudah sahaja ianya mengalir laju turun... 
Lepas ni kemungkinan besar akan terjadi pula banjir air jernih ini......

Aku sememangnya seorang yang begini di luar, nampak kasar. Tapi jauh di sudut hari, aku seorang yang lembut di dalamnya. Amat mudah mengalirkan air mata. Subhanallah.
Terima kasih sahabat semua. Saayaaanggg kalian keranaNya.

No comments:

Post a Comment