Kepekatan Malam Menemani Diri ini sendirian di bilik ditemani kemerduan alunan Ayat Suci Al-Qur'an
Subhanallah, sungguh menenangkan..
Seperti minggu yang sudah, bila tiba hari khamis,, kami penggerak Gabungan Mahasiswa (GMUKM) tanpa dipinta akan mengenakan pakaian warna ungu, tidak kira berbentuk t-shirt, baju melayu, jubah mahupun baju kurung biasa. Menjadi fenomena yang biasa di bumi Ukm apabila tibanya Hari KHamis.
Boleh dikatakan di sekitar ukm, akan ada mahasiswa yang berpakaian warna ungu, akan tetapi hari lain ada juga. Tetapi, HARI KHAMIS,, sememangnya hari ungu... Sangat special
Setiap hari khamis, pelbagai agenda kempen telah dirancang sebaik mungkin.
Esok, khamis 1 mac 2012...
D i Singgahan Ilmu Fpi, akan berlangsung Dialog Mpp pada jam 11.00 pagi - 1.00 tangahari
Keringat diri perlu dikerahkan untuk agenda ini.
Di sebelah petang,, InsyaAllah, khidmat diri akan dikorbankan demi kempen GMUKM.. Roud Tour Di Ukm,,, Event ini akan bermula Di Stadium UKM,,, konvoi kolej ke kolej... Seronok.. seperti tahun sebelumnya.. amat menyeronokkan... kami melakukannya demi mahasiswa ukm..
Selesai kembara ini, esok insyaAllah.. Jom dekatkan diri bersamaNya.. Lebih kepada jalan tarbiyyah... Nur Qalbi Di Masjid UKM.. Subhanallah.. jalan mendapatkan ilmu Allah itu ada di mana-mana, hanya kita sebagai hambaNya, mahu ataupun tidak...
InsyaAllah,,, moga mendapat yang sebaiknya.
InsyaAllah, jalan pengabdian kepadaNya akan diteruskan. Bersambung dari Nur Qalbi ke Qiamulail di Majisd. Semoga Allah sentiasa Bersama...
Esoknya. hari jumaat, hari kebesaran,, bersama-sama memenuhi majlis Ilmu, Citra Siswi...
Ya Allah,, andai ini jalan dariMu untukku,, teruskanlah ianya..
Alhamdulillah, diri ini menjadi antara hambaMu untuk terus berada di Jalan ini,,,
Bantu kami, teguhkan pendirian kami,, bantu kami untuk terus istiqamah di Jalan ini... Peganglah hati kami untuk terus utuh bersama janji yang kami panjatkan untuk pengabdian diri kami di jalanMu.. Subhanllah... Maha Suci Allah..
No comments:
Post a Comment