Malaysia merdeka pada tahun 1957. Hingga saat ini negara Malaysia telah merdeka daripada tangan-tangan penjajah adalah sudah kepada 55 tahun. Alhamdulillah. Dan saya di antara beribu-ribu rakyat Malaysia yang lahir dalam suasana negara sudah mencapai kemenangan. Negara sudah aman.
Sungguh, saya sayang dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Entri saya kali ini mahu berbicara mengenai kedudukan orang Melayu. Seiring dengan cogan kata Umno. Memartabatkan Melayu, Mendaulatkan Islam.. Urrmmm, terbalik. Patutnya, Islam lah yang perlu didahulukan.. Memang Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sungguh. :)
Saya antara golongan terpelajar. Saya juga antara manusia yang mengerti erti kemanusiaan. Juga mengerti erti ketidakpuasan dan juga berfikir untuk nyatakan satu-satu kesalahan. Selama pengamatan akan apa yang terjadi di Malaysia, sejak akhir-akhir ini. Dengan keadaan negara Islam di Tanah Arab seperti Syria, Mesir, Yaman.. Rakyat mereka bangkit menyatakan kekecewaan yang selama ini dipendamkan. Kini di Malaysia. Kuasa rakyat mula kelihatan. Dengan adanya Bersih dari sesi 1.0 hingga bersih 3.0. Setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara. Akan tetapi, cabang atau jalan untuk dilontarkan segala hasrat tidak mendapat publisiti dan tindakan yang sebaiknya daripada pemerintah.
55 tahun di bawah Kepimpinan UMno
1) Membela Rakyat Melayu..
Kepimpinan UMNO, membawa gagasan untuk membela Orang Melayu. Kalau dilihat kepada suasana Bandaraya Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, di manakah orang Melayu. Kebanyakan syarikat-syarikat besar serta perniagaan yang gah kukuh berdiri di Malaysia, semua dimonopoli oleh bangsa lain. Selain itu juga, jika kita lihat di kaki lima, yang menjadikan tukang kasut sebagai pendapat harian, kebanyakan dari kalangan orang Melayu. Mana peranan memartabatkan orang Melayu yang digagaskan oleh UMNO...
Saya di antara rakyat yang memerhati.
2) Kelantan Negeri Mundur?
Memang la kan. Kalau dah kita tidak sukakan seorang. Pelbagai agenda akan kita cuba untuk lakukan. Dalam ketika ini, perasaan orang, akibat buruk atau baik, kita tidak akan fikir. Apa yang kita fikir. perkara tersebut perlu untuk dilunaskan.. Saya rakyat negeri yang dikatakan negeri mundur. Saya juga antara rakyat yang lahir di negeri termiskin di Malaysia. Terima kasih kepada yang menilai. Setelah 22 tahun Kelantan diperintah oleh Kepimpinan Ulama. Selama inilah budaya ilmu dan agama Islam semakin berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat. Jika nak dikaitkan dengan gagasan yang dibawa oleh UMNO, tengok kepada kondisi rakyat Melayu di Kelantan. Alhamdulillah, masih memonopoli di setiap peringkat.
Walau kami rakyat negeri miskin, tapi insyaAllah kami kaya ilmu agama
Walau negeri miskin, tapi semakin hari pembangunan semakin berkat di bumi Kelantan
Biarlah kami mundur, tapi jiwa dan hati kami maju ke depan
Untungla buat kami dilahirkan dan membesar di bumi Berkah ini
Bumi Serambi Mekkah
Juga terkenal dengan jolokan Negeri Cik Siti Wan Kembang
Cantik dan mendalam maksud dengan nama Negeri Tadahan Wahyu
Malaysia, Negara Islam Ke? Atau Negara Umat Islam
Persoalan simple. Cukup simple. Jawapannya pun simple juga. Yes, Malaysia boleh dikatakan, Negara Umat Islam. Ataupun negara orang-orang Islam. Sememangnya di dalam perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi kerajaan. Tapi, di sebaliknya? Realitinya? Bagaimana... Kita lihat dan bagilah jawapan sendiri yang sebaiknya. Malaysia, negara Islam, saban tahun, saban bulan boleh dikatakan, tiap penjuru negara, pelbagai agenda hiburan berlangsung. Dari pelosok universiti hinggalah ke kampung juga, hiburan semakin menular masuk. Hiburan berbentuk apakah? Semestinya barat. Kalau hiburan berbentuk Islam, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w perlu untuk hebohkan. Akan tetapi, kini hiburan yang berkiblat kepada Barat semakin menjadi-jadi di Malaysia. Untuk sambutan Tahun Baru, untuk majlis makan amal, boleh dikatakan hiburan satu perkara wajib yang perlu ada dalam mana-mana program. Allahurabbi!!!
Oh, Negaraku
Bilakah waktunya, kami akan capai itu
Ketelusan dalam kepimpinan
Kecaknaan pemerintah kepada kehidupan rakyat marhaen
Kami mahukannya
Bilakah kan tiba waktu
Pemerintah sayangi rakyat
Rakyat hormat pemerintah
Kini, di Malaysia, jauh untuk ditemui
Oh. Malaysia.. Tanah Airku.
No comments:
Post a Comment