Hari ini dirinya diselubungi perasaan bersalah. Sangat-sangat.
Dia merasakan dirinya dihujani oleh peluru-peluru senapang berani mati.
Saat ini, dia merasakan, dia perlukan dinding untuknya bersandar. Hari ini dia merasakan tali hukuman gantung itu sedang menunggu lehernya. Allahurabbi.. Sehingga begitu sekali rasa bersalah itu menyelubungi dirinya.... Tapi dia masih waras lagi. Sebab dia tahu Allah ada di sisinya. Cumanya dia manusia yang seringkali lupa kepadaNYA. Dia manusia yang alpa dengan segala Skrip hidupnya yang selama ini, perlu dihadamnya tetapi dia alpa. Dia tidak sedar akan itu....
Memang dia sedar Allah itu adanya untuknya. Akan tetapi, dia hanya manusia biasa. Dia hanya seorang wanita. Dia hanya seorang perempuan yang mempunyai perasaan, jiwa yang sangat lembut.
Dia saat ini terus-terusan merasakan diri bersalah. Tersangat-sangat. Dia mengharapkan semua kesalahan dan kesilapan yang berlaku itu tidak menjadi satu kenyataan. Tapi dia sedar bahawa Allah telah meletakkan segalanya. Dia cuba kembali kepada fitrah alam. Bahawa manusia itu memang akan melakukan kesilapan. Manusia itu tidak lari dari berbuat salah. Manusia itu memang akan tersilap.
Akan tetapi satu kelemahan bagi dirinya, dia seorang yang akan mengingati kesilapan itu sampai bila-bila. Bukan dikatakan dia itu seorang yang suka mengungkitkan masalah. Tetapi perasaan dirinya akan merasa bersalah dan diselubungi dengan jiwa keluh kesah, kecewa, berfikir semula, kenapa, mengapa perkara itu boleh dia silapkan. Allahurabbi.
Jika difikir balik, dia ini boleh dikatakan seorang yang tidak dapat menerima qada' dan qadar ciptaan dan aturan Allah. Setelah dirawat dengan air wudhu' barulah dia kembali sedar bahawa, dia ada Allah. Dia tahu dan perlu disedarkan bahawa Allah telah menyediakan segalanya. Dia telah disedarkan bahawa sebaikmanapun perancangan yang dilakukannya, akan ada silapnya jika pekerjaan itu Allah telah tentukan aturannya. Dia kembali berada di posisi yang sebetulnya.
Dia merasakan dia tidak ada siapa.
Dia bukan seorang yang suka mengadu masalah kepada orang lain.
Dia seorang yang suka meluahkan masalahnya di blog ini.
Bukan di Fb, Muka Buku.
Kerana baginya, Tiada manusia yang membaca blognya ini.
Andai ada yang membacanya, Doa dan harapannya. Allah tenangkan segalanya.
Pohon dia untuk Allah. Biarlah kesilapan itu hanya Allah letakkan buat dirinya.
Doanya, kesilapan itu biarlah orang lain tidak menanggungnya.
Wahai jiwa yang rindukan ketenangan, wahai jiwa yang rindukan makanan rohani. Kembalilah kepada Allah. Ingatlah Allah ada di sisi HambaNya. Bersyukurlah diri kamu ditimpa ujian. Walau ujian itu ringan mahupun berat. Allah tahu segalanya. Wahai jiwa yang rindukan roh-roh Islam. Tenanglah dirimu dengan sujudmu kepada Allah. Tenangkanlah hatimu dengan air jernih itu. Selimutilah air wudhu itu ke tubuhmu.. Tenangkanlah wahai hati. Allahurabbi!!! Sungguh cantik peraturanMu itu. Jagalah hati kami ini. Jangan Kau bolak-balikkan hati ini.
Allahuakhbar!!!
Subhanallah!!!
Alhamdulillah!!!
~ Allah ada Untuk Saya ~ Yes!!! Allah ada Untuk Saya....
S.M.I.L.E
No comments:
Post a Comment