Silap.. silap.. dan silap.. Kesilapan satu perkara yang akan dirasakan satu penyesalan yang agak teruk untuk diri.
Maaf. Saat ini saya diselubungi rasa bersalah. Sangat-sangat. Allahurabbi. Salah!!! Saya buat silap. Ya Allah. HambaMu buat silap ni.
Astaqfirullah.. Allah. Allah. Allah.
Tiap hari kita manusia berada dalam kesilapan. Dua perkara kita tidak akan terlepas dalam sehari-hari. Sama ada dosa dan pahala. Tapisemoga dosa itu kita dapat kurangi, pahala dapat kita banyakkan.
Ya Allah, ampuni daku. Sayangi sahabatku.
Kasihi mereka. Lapangkan segala jalan mereka. Temani mereka saat mereka sendirian.
Permudahkanlah segala urusan mereka. Jauhkanlah mereka dari duri-duri cabaran di jalan yang dilalui.
Walaupun, ketahuilah tiada nikmat keseronakan hidup andai tiada ranjau hidup.
Berdiam diri itu lebih baik, andai percakapan atau lontaran idea yang diberikan memberi kesan kepada orang lain.
Allahumma amin.
Terima kasih. Kerana diri ini masih diberi rasa sedar itu. Untuk merasakan silap itu. Walaupun tidak dipinta. Siapa yang pinta untuk adanya kesilapan dalam hidup? Tiada, ketahuilah wahai diri. Tiada yang ingin meminta dirinya ada dalam kesilapan. Allah dah tahu selayaknya.
Allah dah tahu baik buruknya. Kita hanya perlu jalaninya
Tapi, kita kena usaha juga untuk jauhinya. Jauhi kesilapan itu. Tapi siapalah diri ini. Wahai diri, kamu hanya hamba biasa di sisiNya. Kamu tiada pangkat, kamu tiada kuasa, kamu tiada auranya.
Tidakkah kamu sedari, Allah hanya melihat taqwamu.
Wahai diri Allah melihat ibadahmu.
Andai wajahmu cantik sekalipun, jika taqwamu di sisinya kurang.
Tidak perlu bagi dirimu untuk berbangga di sisiNya. Allah lihat semuanya. Allah lihat semuanya
Semakin Susah, Makin Indah
Kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan tapi di sepanjang jalan berbahagialah ketika memulakan langkah pertama.
Wahai jiwa, setiap musibah mestilah dirasakan sebagai didikan Allah. Tetapi jika kita keluh kesah dengan ujian yang menimpa, ia akan bertukar menjadi bala. Jika kita sabar, ia akan menjadi pahala. Ketahuilah bahawa saat diuji beginilah kita mendapat peluang untuk gunakan segala tarbiyyah. Amalan ini hanya diperlukan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment