Monday, May 28, 2012

Beginilah Saya

Saat ini relung hati ini pilu.
Tidak mampu untuk ambil langkah seterusnya.
Andai waktu itu dapat diputar kembali,
Ingin sahaja, saya hapuskan semua.



Ya Allah, adakah hamba ini makhluk ciptaan yang tidak bersyukur.
Jauhkanlah. 
Setiap manusia inginkan ketenangan, begitu juga diri ini.

Sahabat, andai itu takdir buatmu.
Saya sanggup mengundur diri.
Bukan tidak pernah berkorban buat sahabat.
Sudah acap kali diri ini berkorban untuk sahabat.
 Tidak mengapa bagi saya, asalkan saya tahu sahabat dunia akhirat saya gembira
Walau jujurnya, hati ini amat terguris.
 Luka itu tidak akan sesekali untuk saya minta sahabat jahitkan.

Biarkan, saya ingin menjadi seorang hamba Allah yang
Menghargai sahabat, mungkin ini saat detiknya untuk saya berkorban.
Pengorbanan yang cukup besar dalam hidup.

Ukhti, teruskanlah, andai itu yang terbaik  buatmu, sahabat.
Dan ketahuilah, jauh sudut hati ini, saya redha dan pasrah dengan segalanya.
Walaupun masih mengharap itu hanya khayalan.
InsyaAllah, ia akan menjadi khayalan sahaja
Andai doa yang dipanjatkan, Allah dengar dan pandang.


Ya Allah, hati ini ingin meronta 
Merintih untuk dilepaskan
Agak berat untuk ditanggung 
Bila saat diri sudah diberitahu
Sangat-sangat 
Perasaan bersalah itu menerjah diri

Tiada mampu untuk dilakukan
Selain mendengar dan cuba memahami
Mengiyakan, melontarkan pendapat
Senyum sedaya mampu
Walau hati ini mula berkarat
Tidak mengapa, karat itu boleh dibasuh
Dengan Penawar, Air Wudhu dan Tenangkan Hati
Semampunya

Azmanira Yusoff
Please!!! Be Your Self.
Allah ada untukmu.


 Andai linangan air mata itu mampu untu menenangkan
Menangislah semahunya
Jangan ego pada dirimu
Biarkan air jernih itu mengalir jernih di pipimu
Biarkan.. Biarkan.. Biarkan

No comments:

Post a Comment