Friday, June 1, 2012

Untukmu SahabatKu

Alhamdulillah. Ini sahaja mampu untuk saya ungkapkan.
Doa saya panjatkan ke hadrat Ilahi. semoga segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.
 
Ketahuilah, dan ini yang saya pegang selama ini. Kerana saya tahu Allah itu ada untuk kita HambaNya. Kita merancang, kita mempunyai perancangan. Perancangan kita yang disusun rapi dan telah dilakukan selama mana waktu berjalan. Tapi kita manusia, makhluk ciptaan Allah. Tiada apa pada kita. Semua hak milik kekal abadi Allah segala-galanya.
 
Di jauh malam ini. Saya masih gagahkan diri untuk menyiapkan tugasan harian selagi mata tidak menunjukkan reaksi untuk menutup tirai malam. Saya terfikir dan berfikir. Saya berhenti sejenak dari penulisan kerja harian. Saya memanjangkan tulisan dan tinta hati coretan minda saya di sini. Di wall ini. Di blog ini. Ya Allah. Fikiran saya menerawang mengingati sahabat yang diperkenalkan oleh Allah di perbukitan ilmu ini. Tiga tahun bersama dalam pencarian ilmu. Walaupun hanya mula menjadi insan rapat, berkongsi suka duka sejak tahun dua hingga kini. Kini saat indah itu akan mula menunjukkan tirai untuk dilabuhkan. Kami akan keluar dari universiti ini. Kami sudah tamat pengajian kami.
 
Ya Allah. saya dipercayai. Rahsianya, saya tempat dia luahkan. Terima kasih sahabat, kerana saya insan yang dipilih olehnya untuk dia sampaikan rahsia itu. Cukup besar rahsianya. Satu pinta doaku kepada Allah.Moga rahsia ini, Allah gagahkan hati, untuk saya menjaganya hingga sampai bila-bila. Dan andai rahsia ini sudah tidak menjadi rahsia biarkan tuan punya badan yang akan menjadikan rahsia itu bukan satu rahsia lagi.
 
Saya dengan gembira dan lapang dadanya, dengan rasa tidak sabar menunggu saat rahsia itu tidak menjadi rahsia. 
 
Permudahkan segala urusannya. 
Tenangkanlah hati dan jiwa sahabatku dunia akhirat ini.
 
Ukhti, terima kasih atas segalanya.
Doakan semoga rahsia ini kita sama-sama jaganya hingga tiba detik indah ia tidak akan menjadi rahsia lagi.
Doa saya untuk ukhti, moga Allah kuatkan hati ukhti dalam setiap langkah ukhti
Saya sayang ukhti kerana Allah. Kita menangis, gelak tawa bersama.
 
Dan sesungguhnya Allah telah memilih hati kita lurus di jalan ini.
Kerana di jalan Gerakan Dakwah Kampus inilah, kita ditemukan Allah
 
Terima kasih. InsyaAllah, semoga ia menjadi kenyataan
Moga sinar bahagia itu untuk ukhti. 
Amin.
 
Nukilan indah untukmu Ukhti.
 
 
 
Saya sayang kamu Kerana Allah
Moga catatan di pagi hari ini mendapat petunjuk dan Allah menjaga kita bersama. Saya yakin sinar indah itu ada untukmu. 

No comments:

Post a Comment