Friday, June 29, 2012

Dilema saya seorang hamba Allah

Dilema Mahasiswa Tahun Akhir.

Allahuakhbar!!! Mengeluh??? InsyaAllah tidak sama sekali. Tapi di hujung usia di Perbukitan Ilmu ini, 
hendak atau tidak, diri perlu memikirkannya. Mahu atau tidak, wajib untuk difikirkan.

Lepas ni, balik rumah.
Buat apa. Tolong kawasan untuk PRU? InsyaAllah.
Tapi takkan la selamanya begini.
Perlu juga cari kerja.. Kerja??? Apakah???

Dalam fatrah sebelum konvo. 3 bulan. Sebelum dan selepas konvo. Perlu untuk memikirkannya.
> Nak sambung master? Duit? >> Cari.

~ SMART LEGACY TRAINING &CONSULTANCY ~



Smart!!! Full time dengan SL Training & Consultancy. Konsultant baru. Sangat baru.
Ditubuhkan hasil solusi adik beradik Legasi.
Memang keringat full time dengan bidang ini, insyaAllah. Kami baru bertatih dalam dunia ini. Kami juga sedang bertatih untuk hidup sebagai masyarakat biasa, bukan lagi mahasiswa. Hidup perlu diteruskan, dan kehidupan itu memerlukan duit. Kena cari. Dan saya sedar akan kedudukan diri dan keluarga. Hanya anak kampung. Saya perlu sedar itu, dan masih diberi kesedaran hingga saat ini.

Saya dan Jemaah
Pernah dipersoalkan oleh adik beradik sejemaah.

' Enti, lepas kita keluar dari ukm ni, ana risau juga la. Macam mana lepas ni kondisi dengan jemaah. Ana takut. Ana tak mampu. Ana takut dan sangat bimbang, sebab ana keseorangan. Di dalam u ni tidak mengapalah, ada sahabat. Penguat semangat ".

 Allahuakhbar!!! Sahabat. Di mana, dan siapa kita. Kita merancang kehidupan kita. Dan bukan kita tahu apa yang akan terjadi kepada diri kita 5 tahun lagi, 8 tahun lagi, 10 tahun tahun lagi. Tiada siapa tahu. Hanya Allah. Bukan hendak dikatakan kita hanya menyerah kepada takdir qada' qadar Allah, akan tetapi, kita usaha, dan dalam waktu sama, insyaAllah doa jangan kita lupa. Doa untuk Allah kuatkan hati kita. Sentiasa berada di jalan ini. Dapat hulurkan lagi kudrat tenaga kita untuk jemaah. InsyaAllah.

..............................................................................
Saya pernah diceritakan, baru semalam. Ketika Usrah Bersama Muslimat (UBM). Terdapat seorang pemuda, setelah bergelar seorang graduan, pemuda ini pergi berjumpa dengan Al-Fadhil Almarhum Dato' Fadzil Noor. Pemuda ini menyatakan hasratnya untuk bekerja dengan jemaah, Parti Islam Semalaysia (PAS). Almarhum Ustaz Fadzil bertanya pemuda tersebut, ' Kamu sudah bekerja'? Jawab pemuda tersebut, " Tidak". Lalu, pemuda tersebut diminta oleh Ustaz Fadzil Noor mencari kerja. Dan alhamdulillah pemuda tersebut memperolehi kerja dan sekali lagi berjumpa dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Pemuda tersebut ditanya lagi oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor, " Kamu sudah berkahwin".  Jawab pemuda tersebut, " Belum".  Selepas itu, pemuda tersebut berkahwin dan sekali lagi kembali kepada Almarhum Ustaz Fazdil Noor untuk berkhidmat dengan jemaah. Dan sekali lagi pemuda tersebut dipersoalkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor, " Kamu sudah mempunyai anak". Jawab si pemuda,    " Belum". Selepas dari tempoh itu, Allah telah menjemput Almarhum Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah.

Di sini, boleh diambil sedikit ibrah dari kisah hidup seorang pemuda ini. Dengan jiwa yang tekad, selepas bergelar seorang graduan, nyata sekali semangatnya untuk berkhidmat dengan jemaah, tidak luntur. Dan kita sebagai penyambung mata rantai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w ini, kita tidak boleh putus asa. Walau kita sekarang masih dalam fatrah bertatih. Ye, kita baru menjadi benih jagung, hanya bertatih di bumi kampus. Kita tidak merasai lagi the real thing. InsyaAllah. Selagi kita faham 10 perkara itu. InsyaAllah, mampu untuk teruskan. :)

>> Saya mencari, mencari dan akan memperolehinya. InsyaAllah <<
Saya mahu berkhidmat untuknya. Saya mahu teruskan. Dan saya mesti dan wajib untuk teruskan. Saya sudah dikhitbah dengan perjuangan ini. InsyaAllah, darah itu akan terus mengalir dalam tubuh ini. Terima kasih Ya Allah kerana memilih diri ini. Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment