Monday, October 15, 2012

Kerana Kalian Adik Beradik Legasi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum, salam bahagia juga salam perkenalan buat warga online, warga alam maya di seluruh pelusuk dunia yang melayari dan juga buat insan-insan yang membaca artikel saya pada kali ini.


Alahamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah Rabbul Jalil 

Setelah hampir 3 bulan Smart Legacy Training and Consultancy ditubuhkan pada 2 Julai 2012. Saya masih lagi diberi kesempatan serta kelapangan oleh Nya untuk terus mengabdikan diri berkhidmat di sini. Sesungguhnya ini buat adik beradik legasi tersayang. Kami diikat dengan doa Rabithah dan insyaAllah ianya akan menyatukan hati-hati kami tidak kira dalam bidang mana sekalipun kami dicampakkan.


Secara jujurnya, naluri hati manusia pernah berdetik, aku keseorangan di sini dek kerana hanya aku seorang sahaja muslimat yang full time dan tidak mempunyai bebanan selain untuk terus fokus kepada kerja di Smart Legacy. Try untuk teruskan. Kerana Smart Legacy, saya diamanahkan untuk bergerak kerja dengan mereka-mereka yang tidak pernah saya bekerja selama ini.

Chief Management Officer

Kita merancang, Allah juga merancang. Mempunyai banyak perancangan dalam hidup ingin dilakukan, akhirnya saya tersadai di sini. Meneruskan gerak kerja Smart Legacy sebaik mungkin. Kami seramai 8 tenaga kerja mengerah keringat membanting tulang dalam proses membangunkan sebuah syarikat konsultan kecil yang baru belajar untuk bertatih. 


Doaku pada Allah.

Ya Allah, andai ini jalan yang Engkau sediakan untuk kami meneruskan jalan-jalan dakwah ini. Kuatkan hati-hati kami. Jangan bolak balikkan hati kami setelah mana Engkau pilih jiwa-jiwa kami untuk terus bersemadi dalam roh-roh Islam. Kami jiwa-jiwa muda sentiasa inginkan perubahan dalam hidup, perubahan yang dapat memberikan kami kenikmatan dan kebahagiaan hidup dalam jangka waktu masa yang tidak pasti sampai bila ianya akhirnya terus berbakti untuk Islam.

No comments:

Post a Comment