Thursday, November 22, 2012

Insan Biasa



Ditegur dan ditegur.

Saya hanya insan biasa yang saban hari saya ditegur oleh Allah. Saya menerima teguran itu, kerana saya tahu saya insan biasa. Saya bukan siapa-siapa di mata manusia. Saya bukan pemidato hebat, apa lagi ahli panel konfrens. Saya juga bukan pimpinan mahasiswa ketika zaman kampus. Saya juga bukan dari kalangan bijak pandai yang mendapat "first class" degree. Saya adalah saya. Norazmanira Mohd Yusoff. Hanya Hamba Allah dari kampung halaman terpencil. Saya adalah insan biasa yang sama sekali tidak dikenali sebagai insan-insan pemuka yang apabila disebut namanya,orang mengenalinya...
Kadang-kadang dan sentiasanya merasakan diri dalam perasaan serba salah dengan semua benda yang dilakukan. Apabila ditegur saya cuba sebaik mungkin dan hampir kesemuanya saya ingin merubahkan diri ini menjadi sepertimana yang diinginkan oleh individu yang menegur saya.

Boleh dikatakan hampir kesemua perkara yang saya lakukan, pasti akan mendapat teguran. Jika tidak ditegur secara berhadapan, berita itu akan disampaikan oleh orang tengah. Ye saya akui, saya seorang perempuan yang biasa. Tutur kata saya tidak mendayu-dayu. Setiap kali saya bercakap, hanya perkara yang perlu sahaja. YE, saya bukan seorang yang mempunyai rupa paras yang cantik. Saya sedar akan hakikat itu. Tapi satu sahaja yang saya pegang, insyaAllah sampai akhir hayat ini, saya ingin menjadi sebaik-baik hamba abdi kepada Allah, Sang Khalid yang menciptakan diri ini dan saya ingin menjadi anak yang dapat membahagiakan ibu bapa saya dan saya berharap saya tidak menjadi golongan yang menyebabkan Allah tidak menaungi ibu bapa saya di akhirat nanti. Saya insan biasa yang ingin menjadi luar biasa di pandangan Allah.

Apabila diri ditegur, sejujurnya saya menjadi sangat lemah. Tahap rendah diri, bersalah sangat tinggi pada ketika itu. Sehinggakan saya merasakan, semua perkara yang terjadi, puncanya adalah saya. Sampai satu tahap, adakah aku pembawa sial untuk semua manusia. Bagaimana ingin saya ubah diri ini, bagi memuaskan hati dan perasaan semua manusia.

Ya Allah, apa yang difikirkan ini tidak saya duga akan terjadi. Saya cuba menjadi yang sebaiknya di mata manusia. Walaupun saya tahu, ianya kadang kala amat menyakitkan untuk dilalui. 

.....................................................................................................................
Saya bukan tidak boleh terima dengan teguran yang diterima. Saya terima dengan rela hati dan sebolehnya berlapang dada. Teguran itu melemahkan saya sebenarnya. Saya tidak memberontak apabila ditegur, dan tidak pernah sesekali cuba untuk membantah dan berdebat. Saya tidak suka berdebat.

Allahumma yassir wala tua'ssir. Allahuakhbar!!!

Saya tidak berani untuk menegur kesilapan orang, walaupun kesilapan itu wajib ditegur. Saya bimbang akan semakin menjadi besar masalah tersebut. Dan saya tahu, saya bukan insan yang layak untuk menegur mana-mana manusia lain, sebabnya saya sendiri ditegur oleh orang lain. Kita pernah membaca, mendengar, dan pernah juga menyebut,
............. Jika kita nak mengubah seseorang, ubahlah diri sendiri ..........
Akan tetapi
........... Semua manusia buat silap, hanya Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang maksum. Dalam proses kita menegur atau mengajak orang kepada kebaikan, kita sebenarnya dalam masa yang sama belajar untuk mengislah diri ke arah kebaikan .........

Mungkinkah saya perlu bersendirian, menjalani kem, ataupun kelas untuk menjaga tata bahasa diri saya. Mungkin ini salah satu cara untuk saya improve, renovate diri ini.

Meminta diri dikomen
............................................................................................................................
Nasihat dari diri sendiri untuk diri sendiri.
Cuba sebaik mungkin untuk lakukan yang terbaik, merubah diri ke arah perkara baik.
Tapi dalam pada itu, diri sendiri perlu sedar, Allah yang menggerakkan segala jasad, hati, fikiran diri ini,saya lakukan yang sebaiknya.
Terima kasih bagi yang memberi teguran, teguran itu akan saya perbaiki.

.............................................................................................................................................

Saya cuba dan wajib untuk fahami kalian. Dalam proses yang sama, kita saling mengenali dengan izin Allah.

3 comments:

  1. Merkur Slots - Merkur Casino
    Merkur has many games for its slots, 12bet including 메리트카지노 many more titles, such as Gonzo's Quest 2, Gonzo's 1XBET Quest, and others.

    ReplyDelete