Sunday, December 23, 2012

Cukup... Satu Ungkapan




Dalam kehidupan kita, pada suatu saat kita akan terdetik satu perasaan untuk menyatakan kita sudah cukup dalam menjalani kehidupan yang dilalui. Apabila kita mula merasakan kita sudah cukup sempurna dalam apa-apa agenda hidup, kemungkinan besar kita akan menghadapi satu permasalahan dalam kehidupan yang akan dilalui dan akan membawa keburukan. Tidak mengapa andai kita merasa cukup dengan mencari harta dunia akan tetapi menjadi satu masalah besar jika kita merasa cukup untuk mencari harta akhirat. 

           
Cukup dengan Ibadah yang Dilakukan       
Ada sesetengah manusia merasa cukup dengan  solat lima waktu yang dilakukan dan sedekah hanya di masjid pada tiap hari jumaat. Andai nikmatnya jika rasa cukup itu ditambah lagi dengan melakukan solat sunat Rawatib, solat sunat Dhuha dan bangun di awal pagi untuk melakukan Qiamulail. Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, langkah pertama untuk terus konsisten melakukan perkara-perkara sunat ini boleh diaplikasikan. Jika kita koreksi diri kita semula, bila tiba bulan Ramadhan, secara automatiknya ramai umat Islam akan berduyun-duyun mengimarahkan masjid-masjid yang berdekatan untuk sama-sama menunaikan solat sunat Tarawih. Lebih molek jika solat sunat Dhuha dan Rawatib dan solat sunat lain dapat kita lakukannya dari awal lagi tanpa menunggu seperti tibanya solat sunat Tarawih yang sememangnya telah ditetapkan waktunya.

       Hampir kesemua umat Muslim, mereka merasakan cukup apabila telah melaksanakan semua rukun Islam, iaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat  dan menunaikan fardhu haji. Akan tetapi kita mesti ingat bahawa, kita juga ditinggalkan dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w selain Al-Qur’an, ini bukan bermaksud saya ingin menyatakan bahawa, tidak perlu memfokuskan kepada ajaran dan intipati al-qur’an semata-mata dan meninggalkan Hadis, akan tetapi ianya perlulah diseiringkan dalam mengemudi layar kehidupan semoga sentiasa dirahmatiNya dalam proses menggapai keredhaanNya.


No comments:

Post a Comment