Sunday, December 23, 2012

Takdir Itu KetentuanNya

Setiap orang mengimpikan sebuah kehidupan yang membahagiakan dalam semua lapangan hidup yang diceburi. Impian membina sebuah kehidupan yang baik tidak kira dalam pelajaran, pekerjaan, rumahtangga, hubungan sesama manusia mahupun hubungan dengan Allah SWT.Kita sentiasa merancang, tetapi perancangan tetap bergantung kepada bahawa sesuatu perkara itu pengakhirannya adalah daripada Allah SWT.

 

Sebaik mana pun perancangan manusia, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik dari semua perancangan yang berlaku di dunia ini. Yang pasti setiap perancangan dan ketentuan Allah itu adalah yang terindah walaupun di pandangan mata kasar manusia penuh dengan manikam dan sukmanya. Pada usia muda, pelajaran diutamakan. Namun dalam masa yang sama tuntutan fitrah juga cuba memasuki ruang-ruang hati manusia biasa untuk difikirkan. Kita mula mengatur langkah mencari teruna mahupun dara. Ada yang menanti dalam diam, ada yang berani ke hadapan namun dalam masa sama malu lantas orang tengah menjadi pilihan untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati. 

 

Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang penuh cabarab dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka. Adakah niat kita untuk membina baitulmuslim seiring dengan matlamat asal berkahwin di jalan dakwah? Takdir yang bakal tiba semuanya berada di dalam genggamanNya. Kita hanya mampu bertanya dan berusaha, jawapannya akan terjawab tatkala sampai saat kita menempuhi jalannya. 


Kita inginkan sesuatu yang baik, jom jadi baik..

 

No comments:

Post a Comment