Monday, January 21, 2013

Aku ingin Bercerita

Berkata pun susah, tak berkata pun susah

Diam dikatakan sombong, bercakap pula banyak ragamnya..
.............................................................
C.o.r.e.t.a.n  D.i  M.a.l.a.m  H.a.r.i

Banyak masalah sungguh untuk puaskan hati semua manusia.

Amani menjalani hidup Amani seperti biasa. Seperti insan lain. Bersahabat sesama manusia, beribadat kepada Allah. Senyum ketika gembira, dan tenang ketika semua insan dalam kedukaan. Amani cuba untuk menjadi yang sebaiknya.

Sejak dari alam kampus Amani tidak mempunyai seorang teman yang sangat rapat dengan Amani. Dapat Amani berkongsi suka duka, dapat Amani mencurahkan semua rasa hati, senyum dan menangis bersama Amani ketika Amani sedih. Amani menginginkan yang itu wujud dalam diri Amani. Amani seorang individu yang banyak tindakan daripada percakapan.

Amani banyak mendiamkan diri dalam banyak perkara yang diutarakan. Amani tidak kisah andai orang menganggap Amani kera sumbang. Sebab bila mana Amani mula bersuara, ada sahaja insan yang akan berduka cita dengan apa yang Amani ucapkan. Amani merasakan Amani berkata benda yang sepatutnya Amani ucapkan. Setiap kali Amani down, Amani agak tertekan dengan sesuatu perkara, Amani akan hantar mesej kepada seorang kawan yang Amani sangat sayangkan hubungan persahabatan yang Allah temukan.. Amani akan bertanya..
        Bagaimana pergaulan Amani dengan manusia.. Percakapan Amani. Akan tetapi Amani sentiasa mendapat jawapan yang positif, Amani dikatakan seorang yang profesional dalam bergerak kerja.Amani dikatakan seorang yang garang.. Ye Amani terima diri Amani dipandang begitu. Bagi Amani sendiri, Amani bukan seorang yang garang. Hanya Amani seorang yang tegas. Amani bukan seorang yang gedik, tapi Amani seorang yang happy go lucky di kalangan orang yang Amani rapat.. Amani kurang bergaul dengan mana-mana lelaki yang Amani tidak kenal rapat dan tidak pernah Amani berbual bicara sebelum ini. Amani bukan seorang sombong, tetapi Amani cuba untuk menjaga apa yang dinamakan ikhtilat. Kerana Amani belajar akan perkara-perkara itu., Amani sayang ilmu agama yang Amani belajar bertahun-tahun. Amani dibaiah dengan gerakan Islam. Amani wajib menjaga janji itu. Amani perlu menjaga diri Amani sebaik mungkin. Kerana Amani sayang agama yang ada pada diri Amani.

 Cerita Amani ketika kami dipertemukan Allah pada suatu malam.. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment