Saturday, February 16, 2013

Seorang pekerjakah diri ini..

Assalamualaikum. Lama menyepi di blog sendiri.

Salam Bahagia buat hamba Allah penghuni bumi. 

Alhamdulillah, saya masih di sini. Allah masih meminjamkan untuk saya segala nikmat yang dikurniakan. Alhamdulillah. Nikmat nyawa, kesihatan, ilmu, keluarga, sahabat dan pekerjaan. Pekerjaan????

Ye!!! Saya sudah bekerja. Di syarikat swasta. Smart Legacy. Batch punya syarikat. Entah la macam mana boleh tertubuhnya Smart Legacy ni. urmmm xpe la. Bulan ini, Februari dah masuk 6 bulan Smart Legacy a.k.a SL didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 2 Julai 2012, tarikh awal ianya mula bertapak secara sah di dunia perniagaan ini. Saya dipilih Allah menjadi penggerak awal untuk berkhidmat di SK. Not bad, means hanya sebagai petumas-petumas, idea awal penubuhan dikeluarkan dari otak-otak member legasi. Diri ini bukan spisis manusia yang kehadapan bab2 nak sesuatu yang besau macam ni. Gempak sih.. :)

Tapi, xpe la. Terima kasih sahabat atas idea. Dan dengan izin Allah, saya dipilih untuk berbakti pada SL. Sedang asyik melayan kerja-kerja selama 6 bulan, dalam masa sama sebenarnya rancang dan mencari nak dapatkan kerja yang lebih bagus sikit kot. Untuk bantu famili kat kampung. Sedar diri, hanya anak penoreh getah. Kebuh getah orang pula tu. Bukan hak milik famili. Makanya hasil kena divide dua, begitula hidup. Normally. tapi jujurnya kita sebagai anak siapa yang tidak mahu bantu famili masing-masing. Tapi alhamdulillah, walaupun dapat gaji sekadarnya, saya masih berkesempatan diberi ruang untuk hantar sedikit sebanyak kepada abah dan mi di kampung. 

Sebenarnya, sedar atau tidak. Kita sejak dari lahir sudah bekerja. Sebagai khalifah Allah. Bekerja untuk mencari hamba Allah yang terbaik. Menjaga amanah dan segala nikmat pinjaman yang diberikan pinjam Allah sebaiknya. Kita bekerja untuk rohani dan kehidupan yang panjang akan kita lalui suatu masa akan datang. 

Apa-apa pun, terima kasih segalanya. Siapapun kita, di manapun kita. Kita hamba Allah. Selamat segalanya.

No comments:

Post a Comment