Wednesday, February 20, 2013

Belajar Hingga Akhirnya

Assalamualaikum. Bertemu kembali di alam maya. 
Saya dan Blog.
~ Aku Hanya HambaNya ~
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Alhamdulillah. Hujung tahun 2012, bulan Disember, kami Staff of Ulin Nuha, masa tu terkapai-kapai cari rumah sewa area bangi dan kajang. Dapatla pindah rumah baru tepat-tepat kami masuk awal bulan Februari 2013. Sebulan mencari rumah. Harga murah, mahal, kecil, besar, pelbagai jenis rumah kami jumpa dan masuk tengok. Survey harga dan kawasan. Disebabkan staff of Ulin Nuha ada 9 orang, jadinya perlu cari rumah 4 bilik untuk bagi semua selesa. Rezeki Allah itu ada di mana-mana. Alhamdulillah. Hari ini 21 Februari, hampir setengah bulan kami di Seksyen 5, BBB. 
Di rumah lama, jiran orang India, sama la jugaknya di rumah baru,juga orang India. Kisah di rumah lama, Taman Tenaga, sebulan kami menetap, jiran India sebelah rumah baiki rumah mereka. Ya Allah, bising sangat. Dengan bunyi gerudinya, menganggu jugak. Kami laluinya dengan rela hati. Tapi rupanya Allah nak uji lagi kami, di rumah baru pun lebih kurang juga. Tinggal seminggu, autie India sebelah rumah,buat proses besarkan rumah. Dengan bunyi orang paku dinding, kebingitan gerudinya, dengan keadaan pagar yang ntah apa-apa, dengan keadaan tempat ampaian terpaksa dikongsi dengan auntie India tu. huh, sekali sekala kami mengeluh juga.Konklusinya, kami tidak boleh lari drpd orang India. kan 1 Malaysia. Soooo, redha je la. Ini bumi Allah.Terima dengan tenang, dan jalininya dengan aman.
7 orang master, 1 degree dan 1 fulltime kerja. Iaitu saya. 7 orang master, dan seorang degree. Teringin jugak nak sambung studi juga.Tapi rezeki saya tidak kesampaian lagi, kekurangan bajet untuk tampung bayaran awal master. RM 1800 boh. Gi mana mau cari. Degree dulu pun, nyawa-nyawa ikan je saya nak boleh masuk studi UKM. Kewangan family kureng. Itu la rezeki Allah. Kita hambaNya jangan mudah nak mengeluh pada awal waktu, sebelum tempuhi ujian itu. 
18 Februari, hari student UKM daftar diri untuk semester kedua. Sama la keadaannya teman saya di Ulin Nuha. Pagi Isnin itu, agak busynya mereka. Saya? Ya Allah, hati saya menjerit, nak sambung master juga. Entah kenapa, terlintas di kepala, aku perlu jugak kot sambung master. Bukan apa, perlu fikir masa hadapan yang masih panjang. Saya ada abah dan mi, adik dan family untuk saya bantu kewangan mereka. Oh abah umi. Terima kasih. Saya merasai penat letihnya saat dan ketika itu, ketika saya perlukan duit.Ketika saya degree. Mungkin ini saatnya untuk saat hulurkan sedikit sebanyak hasil titik peluh kerja saya. Walaupun tak seberapa. Ingat kembali suka duka belajar degree, menangis beb. Sedihnya hidup. Seminggu tidak bernasi, it normal for me.
Kerana saya sedar, di mana posisi saya, dan siapa saya. Anak penoreh getah.  Alhamdulillah, segalanya.
Semoga terus berjaya dan tabah menghadapi liku-liku hidup sebagai hamba Allah. Sahabat sekalian. Allah sayang kita. Sekian. 

No comments:

Post a Comment