Saturday, March 2, 2013

Antara Dilema

Assalamualaikum. Salam bahagia buat semua bakal-bakal penghuni syurga Allah. Allahumma Amin.

Saya sekarang berada di simpangan. Antara 2 jalan. Antara ibu bapa dan amanah adik beradik jemaah. Adik beradik legasi. Allahurabbi. Tiap kali saya memikirkan perkara ini, saya jadi agak celaru fikiran, tapi mampu untuk kawal lagi.

Antara keadaan keluarga dan sl.
Kadang-kadang saya memikirkan kepada keadaan keluarga, saya boleh je keluar daripada sl sekarang. Mencari pekerjaan yang mungkin lebih baik untuk saya menampung keadaan kewangan keluarga saya. Tapi jujurnya saya memikirkan keadaan sl yang tiada kakitangan untuk menguruskan secara sepenuhnya.(walaupun nampak macam xde kerja sangat,tapi untuk masa sekarang).

Dapat mesej dari abah,bertanya berkaitan duit. Saya sebak,menangis.Duit tiada untuk bagi.Abah nak guna untuk kerja-kerja poling agent.Mengerti.Sebab menolong parti Islam,segalanya perlu dikorbankan.Tapi jujur pada ketika itu saya tiada duit langsung.Dua minggu hanya mempunyai rm1.00 dalam saku.Semuanya saya tawakkal penuh dengan Allah.Duit beli minyak motor utk gerak ke ofis dapat hasil duit yang member-member bagi.Allahurabbi. Hiba rasa hati.

Antara gerak kerja dan kondisi 5 lelaki nisbah 1 perempuan.
Dan kauntiti lelaki itu mungkin bertambah dari masa ke semasa.Ingin mengutarakan rasa hati pada org atas, tapi entah la kenapa saya menjadi begini. Saya xselesa.Ya Allah.Ujian apa yang Allah nak bagi ni.Saya x selesa.

Perlu perubahan.
Yes. Perlu perubahan.Pergaulan itu wajib jaga. Pandai-pandai kawal diri.Jangan mudah sangat tunjuk diri kita macam mana sebenarnya di hadapan mana-mana lelaki.Lagi-lagi satu batch yang pernah dan bekerja dengan kita seharian.

 Tawakkal saya pada Allah untuk segalanya. Saya berusaha sedaya mungkin. Maaf jika saya anda kata sombong.Saya cuba untuk lakukannya.

No comments:

Post a Comment