Tuesday, March 19, 2013

Kita ingin menjadi yang sebaiknya di mata manusia. Apatah lagi di sisi Allah. Yang menciptakan kita dari yang tiada kepada yang ada. Kita dikurniakan Allah dengan segala nikmat perasaan, takut, sedih, marah, gembira dan segalanya. 

Sesetengah manusia Allah jadikan mereka sebagai orang baik dari segi akhlak, akademik, keluarga, kewangan dan sebagainya. Akan tetapi terdapat juga di antara mereka Allah jadikan manusia yang kurang elok akhlaknya seperti perompak, penjenayah, mereka yang terlibat dengan undang-undang negara dan sebagainya. 

Itulah manusia. Tiada yang kurang dan lebihnya di sisi Allah selain taqwa yang menjadi ukuran. 

Allah kurniakan kita nikmat ujian dalam pelbagai bentuk sama ada ujian melalui kesakitan yang ditanggung, kerugian harta benda atau kehilangan sesuatu yang berkaitan harta atau nyawa. Ketika mana diri kita dalam keadaan ini, kita akan mengalami perasaan sedih, kadang kala tidak dapat menerima apa yang terjadi dan mudah untuk menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku. Kita mudah rebah dengan sedikit ujian dunia yang sebenarnya Allah kurniakan buat kita untuk kita mendapatkan habuannya di akhirat kelak. Yang pastinya habuan itu bukannya kesengsaraan akan tetapi kegembiraan.



Kita sebagai umat Islam mempercayai dengan qada' dan qadar Allah. Kita menerima dengan hati yang tenang dan redha segala nikmat ujian saat gembira dan duka. Sehinggakan tiba saat kita sanggup mengorbankan apa yang ada pada kita hatta nyawa dan harta sekalipun. Akan tetapi, apabila perasaan penat untuk terus berkorban itu tiba menjengah hati, akan kendur juga tali itu. Kita manusia biasa. YA!!! Kita menyatakan pada hati, tidak mengapa kita sanggup berkorban. Tapi percayalah, tidak selamanya tali kita akan kuat. Tidak selamanya perasaan berkorban itu sanggup kita ungkapkan. Kita manusia biasa. Kita tidak selamanya tegar dengan ujian yang melanda. Tiba saat kita akan diuji Allah dengan mehnah dunia. 

Nikmat pengorbanan itu dirasai apabila kita gembira melakukannya.
Tapi tiba saat kita penat untuk memikirkannya, kita akan terfikir. Untuk apa aku berkorban. Dan kadangkala terlintas, kenapa aku yang dipilih Allah untuk melalui jalan ini.

Usah bercakap erti korban, jika kita tidak pernah melakukan satu pengorbanan dalam hidup.

No comments:

Post a Comment