Thursday, April 4, 2013

Akhirnya...Bai-bai

Bismillahirrahmanirrahim... Saya ada kekuatan malam ini...

Menaip lagi buat kali ini. Dan ini saatnya saya berendam air mata demi pekerjaan. 

Moga apa yang saya buat, ada baiknya untuk semua individu.

Walaupun pada awalnya saya ikrarkan pada diri, saya mahu terus kukuh bersama SL buat jangka waktu yang panjang. Mahu terus membangun SL. Tapi malam ini, dalam meeting yang hampir memakan masa selama 4 jam. Bermula 11 malam hingga 2 pagi, saya buat keputusan besar yang melibatkan hidup saya.

Saya keluar dari dunia Smart Legacy secara pekerja sepenuh masa.
Sudah tidak ada bagi saya waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang di pejabat Smart Legacy. Saya hanya perlu memikirkan Smart Legacy secara part time. Bukan lagi sepenuh masa. Allahurabbi. Sungguh berat keputusan itu bagi saya. Hampir setahun bersama SL. Akhirnya dengan rela hati dan mungkin kurang persediaan yang secukupnya, saya keluarkan ungkapan saya keluar SL.

Alasan bagi saya, dengan keadaan syarikat yang baru tubuh.Kewangan kurang stabil, dan saya bukan individu dari kalangan berduit, setelah 9 bulan saya bertahan, akhirnya saya kecundang jua. Saya berfikir, saya keluar dan tidak perlu untuk syarikat atau orang atasan memikirkan gaji untuk saya setiap bulan. Sebab saya goyah dari segi kewangan. Kecuali jika saya mempunyai banyak duit dalam simpanan. Okey, saya boleh go on, tapi saya kurang mampu dari segi itu. 

Setelah perbincangan selama 4 jam, kata putus saya menarik diri, Muzammil sebagai full time SL. Cumanya kami membantu perkara-perkara di luar pejabat. Dan saya "sanggupkan" diri saya, untuk saya terima tugas ini :
- Segala perhubungan untuk perkhidmatan, dipegang oleh saya. Telefon office saya pegang.
- Merangkap PA kepada Training.
- Update kewangan setiap minggu perlu/wajib saya ketahui.

SAYA BUAT INI KERANA SAYA SAYANG SMART LEGACY
Saya bertapa di sana dalam waktu yang sangat lama. 

Menangis tapi bukan menyesali.Saya tidak mampu dan tidak boleh membuat keputusan untuk diri saya. Sekelumit jua saya mengharapkan orang masih meminta saya untuk terus bergerak kerja secara sepenuh masa di SL. 

 Dalam perjalanan ke motorsikal. Disapa oleh seorang dari kalangan yang hadir meeting sekali. "Ustazah ana nak tanya, ustazah keluar dari SL ni, macam mana perancangan ustazah, maksud ana, dah ada kerja ke"

Saya jawab :'Urrmm, xde. Xpe la saya fikir sendiri'.

"Ana bukan apa, terfikir jugak, ustazah berkorban selama ni... 

Belum sempat, ustaz fazri habiskan ayat, saya potong.. 'Xpe ustaz, sy try la cari'.
Dengan keadaan mata bergenang, sebenarnya.

Ada juga insan berfikir perkara itu. TERIMA KASIH!!!!   

Tapi ini bukan titik akhir saya untuk SL.. Tapi titik permulaan saya untuk terus bantu SL dengan keadaan saya bekerja mencari punca hidup tidak bergantung kepada pendapatan SL..,  begitu la... alkisahnya hidup saya.
  
Saya menangis sepuasnya malam ini.. Biarkan.. Saat untuk saya meluahkan.. 
Allah bagi kekuatan...   

No comments:

Post a Comment