Monday, June 3, 2013

Lifestyle

Bismilllah wal hamdulillah.

3 Jun 2013. Lagi 4 hari di bulan masihi bakal meningkat ke usia 24 tahun. Hari ini, diri mula merasakan saat-saat bagaimana hidupnya selepas bergelar mahasiswa. Saya fresh graduate.
Ketika mana menghadapi kekangan kewangan yang cukup mendesak untuk terus hidup di muka bumi Bangi, saya mula mengingatkan kembali taraf kehidupan yang dilalui ketika mana saya bergelar mahasiswa. Sungguh perit untuk dirasakan. Yang terutamanya pengorbanan kudrat umi dan abah. Ingat kembali, air jernih laju membasahi pipi.

Setelah setahun berlalu, keluar dari bumi Perbukitan Ilmu dan menggalas gelaran graduan muda, terdetik di hati, bilakah masanya untuk diri ini membantu direct keluarga dari segi kewangan. Sungguh, ianya sangat mendesak dan menyesakkan jiwa untuk difikirkan. Saya tahu kekurangan yang ada dan ia tanggungjawab saya untuk membantu umi dan abah. Moga sentiasa dimurahkan rezeki. Walaupun rezeki itu bukan diberikan Allah kepada saya, mungkin Allah memberikannya dengan cara dan kepada individu yang lain.

Cuba untuk menjadi seorang hamba Allah yang sederhana, berusaha sehabis daya dan bersabar dengan segala rezeki yang Allah kurniakan. Tapi bilamana diri teringat umi, abah, keluarga di kampung. Allahurabbi. Mi abah, maafkan ore. Ore tak mampu lagi nak bagi duit. Ore tak mampu lagi nak bantu kewangan mi nga abah. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad


Hari ahad (2 Jun 2013) sepertimana minggu-minggu sebelum ini, Allah mudahkan saya menapak ke Surau An-Nur BBB. Ada kuliah Dhuha Muslimat. Kali ini bersama Ustazah Norhafizah. Kuliah pada hari itu menyentuh kepada ketenangan dan kedamaian hati. Cukup menyentuh naluri pendengar. Antara intipatinya, kita bilamana kita dilanda sedikit kesulitan dalam hidup, mudah bagi kita hendak meletakkan ssalah dan silap itu kepada pihak yang lain. Bukan kita meletakkan salah dan silap itu sebenarnya pada diri kita. Pesan Ustazah : Kita kena periksa kembali bagaimana takwa kita pada Allah. 

 Surah At-Talaq : 2-3

Jika diteliti maksud di sebalik ayat 2 dan 3 Surah At-Talaq, dapat disimpulkan 5 point utama dalam ayat ini.

1) Takwa.
2) Penyelesaian masalah.
3) Jaminan rezeki.
4) Tawakkal.
5) Allah mencukupkan.

Daripada kelima-lima point ini, hanya 2 sahaja merupakan kerja buat manusia. Iaitu takwa dan tawakkal. Ketenangan diri itu tiada jalan lain kecuali dengan menghubungkan diri dengan Allah. Kita nak tenang dan bahagia, kembalilah pada Allah. Pesan Ustazah, bila diri kita berada dalam keluh kesah, banyak memikirkan masalah dan kehidupan harian, cuba kita tengok semula macam mana hubungan kita dengan Allah. Ya kita solat. Tapi bagaiman kualiti solat kita. Hadirkan sekali jiwa dan naluri kita dalam ibadah harian yang kita lakukan. 

Jom bersama mentarbiyyah diri dan sekeliling. Selagi mana kita berpegang teguh dengan Allah, insyaAllah, susah senang kita terima dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment