Thursday, June 27, 2013

Tiba akhirnya saya menggangur.

Assalamualaikum. Bismillah walhamdulillah. 

Lama sudah tidak menapak di sini. Meninggalkan tulisan terakhir mungkin pada tarikh 7 jun lalu. Allah masih kurniakan nikmat Iman, Islam, Ihsan, segala pinjamannya kepada saya. Alhamdulillah. Pada detik ini, 12 tgh malam, rasa hati nak menaip. Maka bermulalah. 

Esok 28 Jun 2013. InsyaAllah pulang ke Kelantan. For a long time. Fikir masak-semasaknya. Sudah tidak betah untuk terus memberanikan diri tinggal di Bangi dengan kadar hidup yang semuanya memerlukan duit. Ya betulnya, setahun saya di Bangi, bertahan kerana adanya SL. Sekang masih wujud benda itu, tapi jujurnya untuk diceritakan 'kewangan'. Melihat kepada kondisi diri sendiri dan family, mungkin tahap wajib kot untuk take the time fikirkan hal urusan family. Sebelum ni memilih untuk cekal hati berada di Bangi, bersama sahabat membangunkan SL. Tapi inilah saya, akhirnya kendur jua semangat saya untuk terus di bumi Bangi. Saya memilih pulang ke rumah. Sambil menanti rezeki kerja-kerja lain. 

Sedihlah jugok nok tinggalkan Bangi dan Kajang. Sebab, antara bendanya : 

1. Majlis ilmu di Bangi. Biasa tiap hari ahad menjadi hadirin di Kuliah Dhuha Muslimat Surau an-Nur.
2. Dua minggu sekali bersama di Kuliah pagi KPIB.
3. Baru je dapat sahabat baru di Pasti Seksyen 3. 2 dari Kelate 1 dari Kedah. Walaubaru seminggu kenal, sangat lah rapat. Apa benda diorang minta tolong, sanggup drive motor ke sana. 
4. Suasana Bangi dan Kajang yang dah familiar.
5. Warga UN yang disayangi.
6. Saya ni manusia yang suka bantu orang. Hazeni biasanya banyak yang minta tolong. Seronok tolong lancarkan urusan orang. Rezeki murah, urusan kita pun lancar. Apa-apa hal dia perlu bantuan libatkan kenderaa, dicarinya saya. Saya hargai.

Akhirnya, balik rumah lah. Itu je keputusan buat masa sekarang. Tiba masanya menganggur. Sebelum konvo, dah terlibat dengan SL. Syukran segalanya. Moga bertemu jodohnya. Ada rezeki jumpa lagi.

2 comments:

  1. Akk dah nok balik klate ke??nanti siapa yang nak handle SL??

    ReplyDelete
  2. :) byk kisah di sebalik sl. kami2 je la tahu. Hariz, gi tamrin? tahniah.

    ReplyDelete