Assalamualaikum. Berjumpa lagi detik ini. Alhamdulillah, masih diberi nikmat kesihatan tubuh badan untuk terus bersama-sama pejuang-pejuang agama Allah bergerak kerja di muka bumi ini. Alhamdulillah.
Entry kali ini mahu membicarakan mengenai naluri hati manusia, berkisar mengenai kasih sayang sesama manusia. InsyaAllah, luhur dari hati hamba Allah yang lemah ini. Sebagai manusia yang biasa, mengasihi seseorang hamba Allah yang berlainan jantina, adalah satu fitrah biasa buat seorang hamba Allah. Akan tetapi kebiasaan ini wajib dijaga sebaik mungkin, kerana dibimbangi akan membawa diri ke lembah kehinaan di sisiNya. Na'uzubillah.
Jujurnya,, jauh di sudut hati, Allah telah menetapkan yang terbaik buat diri kita. Akan tetapi,
Siapakah
Bilakah
Bagaimanakah
.....................................................................................
Buat bakal imam solatku jika ada...
Izinkan diri ini mengasihi dirimu selayak yang mungkin
Semoga rasa kasih sayang yang wujud ini tidak mengatasi kasih sayangku
Kepada Allah, Rasulullah dan insyaAllah untuk perjuangan Islam..
Buat Insan yang DipilihNYA untukku, jika ada..
Diri ini bukan insan yang petah berbicara mengenai kasih sayang
Bukan juga insan yang mahir mengeluarkan bait-bait kata bicara indah
Juga bukan insan yang sempurna dalam segenap perkara
Diri ini hanya insan biasa. Banyak kelemahan dari kebaikan
Buat Hamba Allah Yang Disayangi KeranaNYA
Jika ada.. untuk diri ini, terima kasih Ya Allah
Allahurabbi
Jika sudah tiba saat detiknya diri ini
Akan dipilih yang sebaiknya dengan berpandukan kepada petunjuk dariNya
...............................................
- Teruskan berusaha. Solat istikharah.
- Mohon petunjuk.
- Sebagai manusia kerdil, tiada upaya untuk memberanikan diri menjadikan Saidatina Khadijah sebagai contoh, iaitu mentaqdimkan seorang muslimin.
- Hanya dalam setiap sujud terakhir dan doa, memohon, meminta dan mencurahkan segalanya hanya kepadaNya.
Ya Allah, hambaMu tiada kekuatan untuk mentaqdimkannya untuk diri ini. Ya Allah, hamba meminta padaMU, taqdimkanlah dia untuk diri ini. Dia hanya milik abadi MU.
Allahurabbi.. Ya ALLAH
Perkenankanlah, makbulkanlah permohonan ini.
Dengarlah rintihan doa HambaMU ini.
Damaikanlah, tenangkanlah serta lorongkanlah kaki dan gerak hati ini sentiasa di jalan yang semestinya.
Amiin, Ya Rabbal 'Alamin.
.......................................................................................
Seandainya dia memang telah ditakdirkan buat diri ini.. Satukanlah kami, tenangkan hati ini bila mana ada ketika bersuanya. Satukanlah hatinya dengan hati ini dengan redhaMU, Ya Allah
No comments:
Post a Comment