Bismillahirrahmanirahim
Kerap kali terbabas dalam buat kerja
Sama ada dalam kerja haraki atau sebaliknya
Tapi terus cuba,cuba dan cuba juga untuk membantu
Walaupun sudah mengetahui bahawa keringat yang disumbangkan tidak sempurna seperti mana hasil kerja orang lain
Tapi sungguh, putus asa itu satu kelemahan buat diri ini
Putus asa?
Cuba untuk memandangnya dengan hujung pandang
Cuba untuk memandang enteng dengan pandangan yang cukup buruk
Diri ini sangat-sangat tidak memerlukannya
Akan tetapi,
Ya Allah, saya hanya manusia biasa
lemah sungguh
Tapi, terima kasih, diri ini masih utuh bergerak untuk agamaMu
di Perbukitan Ilmu ini
Sedarlah wahai diri
Dirimu hanya manusia yang menumpang kehidupan ini dariNYA
Jika masih tidak mampu untuk bersyukur dengan sepenuh jiwa raga
Diri mu merupakan seorang yang sangat-sangat pemalas
Jadilah seorang yang pandai menghargai
menerima, hak cipta hasil karya seseorang
Dirimu dikritik, dipuji, terima dengan lapang dada
Ingat dirimu hanya jundi, bukan qiadi
Jangan cuba untuk menjadi qiadi andai keringat masih sedikit
Teruslah
Semoga Allah melihatnya dengan penuh keredhaan
No comments:
Post a Comment