Di waktu itu, hening malam diiringi dengan suara juru hebah Ikim.fm..
Diri menerawang jauh, bersama menjelajah dunia muka buku. Sambil-sambil tangan menaip. Kertas Kerja MALAM ANUGERAH PERDANA. Sedang mata membaca wall muka buku sahabat-sahabat, berhenti di wall si dia, sahabat yang pernah seiring sejalan satu tahun pengajian. Terbaca, satu post di wallnya..
Namaku tiada,,, something dirasakan.. aduuss,, azmanira.. Buat apa dikesali saat itu
Sememangnya dirimu yang memilihnya, memilih jauh dari sahabat. Tapi alasan buat diri hanya untuk menghiburkan diri. Diri ini cuba untuk tidak membebankan sahabat dengan keadaan diriku. Maaf, diriku hanya manusia biasa. tiada kudrat untuk bersama dalam tiap gerak kerja..
Diri ini dikatakan bizi, sibuk, banyak kerja. Asyik-asyik alasan yang sama. Sesungguhnya telingaku agak bosan dengan title ini buat diriku.
Ya Allah, fahamilah mereka, diriku bukan bizi, tapi aku seorang yang tidak suka berada dalam keadaan rilek,, sememangnya diri ini, begini.
Azmanira Yusoff,, Buat apa nak dikesali saat itu. Kamu sudah cuba untuk berkorban. Berkorban penyertaan Kursus kahwin untuknya, tidak perlu diberitahu kepadanya. Ya Allah, bahagiakanlah sahabatku. Aku sanggup memberikan tempat itu untuknya, walaupun jauh di sudut hati, ku inginkannya. Tapi dengan rela hati, ku berikan kepadanya, kerana dia adalah sahabatku,, sahabat yang disayangi keranaMU. Allahurabbi.
Sahabat, jauh di sini, aku mendoakan kesejahteraan, kebahagian kalian dalam segenap pekerjaan. Berbahagialah. Sahabat, sesungguhnya, aku sendiri. Sendirian, seorang diri. Di saat semester akhir ini, jiwa sungguh sensitif. Menghiburkan diri sendiri, suatu kebiasaan.
Ya Allah, Ya Tuhanku. Bahagiakanlah sahabat-sahabatku.
Permudahkanlah segala urusan-urusan mereka.
Sesungguhnya, jauh di sudut hati nurani ini, Ku ingin bersama mereka.
Andai ini diriku, kuatkanku untuk terus berjalan di bumi ini.
Aku rindu ya Allah, rindu untuk bersama dengan
Siti Fatimah
Siti Karamah
Siti Nursyamila
Munawwarah
Wan Munirah
Atikah
Saat ini, aku sendirian ya Allah.
Andai ini yang tertulis buat diri kita
Ku terima seadanya
Andai ini yang perlu dilalui
Ku cuba untuk gagahi untuk teruskannya
Andai ini nikmat yang perlu buat kita
Teruslah
Sahabat, saya merindui saat itu...
Terima kasih segalanya...
Biarlah air jernih yang mengalir diakhiri dengan sendu kegembiraan
Aku MENCINTAIMU SAHABAT..
SAYANG KAMU KERANANYA..
ALLAHURABBI
Ya Allah, aku sayang sahabatku.
Engkau sayangilah mereka...
No comments:
Post a Comment