Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih disambung kontrak nyawa olehNya untuk terus mengabdikan diri di dunia fana ini.
Alhamdulillah, Maha Suci Allah.
JANJI
Janji itu, janji untuk taat setia membantu syiar Islam di muka bumi Allah
Dengan terpatrinya janji indah itu, diriku dikhitbah untuk perjuangan Islam
Saat tubuh masih muda dan mentah dalam proses mengenal dunia kampus
Aku sendirian mencari arah tuju, mencari sinar Islam di kampus ini
Menyertai pelbagai aktiviti, program dan agenda
Alhamdulillah, aku dirisik dengan perlahan mengenal erti kepimpinan, ilmu-ilmu
Dan bermulanya terputiknya benih-benih Islam melalui agenda yang disertai
Alhamdulillah, sujud syukur buatMu. Allahurabbi
Kini genap 5 semester aku dikhitbah untuk perjuangan Islam
Segala jerit perih, titisan peluh diterima dengan rela hati
Jiwaku diisi dengan makanan rohani
Melalui inilah, ku mengenali usrah,
berkenalan dengan bahan bacaan haraki
Bersama adik beradik tercinta meneruskan legasi perjuangan
Kamilah, Insan yang dipilih olehNYA, untuk terus berkhidmat buat Islam
Islam, agama tercinta
Wahai diri, kamu kini sudah dikhitbah
Kamu dikhitbah untuk perjuangan agamaNYA
Sudahkah dilupakan bahawa,
Imam Hasan al-Banna mengungkapkan kata-kata semangat kepada tentera-tentera Ikhwanul Muslimin
Kalian adalah mata rantai perjuangan Rasulullah
Duhai diri, usahlah kamu bermanja
Usahlah meminta untuk berehat, Biarkanlah dirimu letih
Letih kerana keringatmu untuk Islam
Biarkan,, biarkan sahabat-sahabatmu mentaklikkan dirimu sibuk
BIARKAN,, BIARKAN,, BIARKAN anasir-anasir itu
Ingatlah, dirimu berlainan dengan mereka
Walaupun amalmu sedikit cuma, tapi teruskanlah
kudratmu
keringatmu
titisan peluhmu
jerit payahmu
tangisanmu
derai tawamu
senyumanmu
hanya untuk memenangkan Islam di muka bumi ini
Buat sahabat yang dikasihi keranaNYA
terima kasih atas segala-galanya
Aku mengenal erti jerit payah kehidupan
Aku mengenal erti keseorangan
Diriku kuat, kuat untuk terus dalam pengabdian hidup ini
YA ALLAH, Jauh di sudut hatiku,
HambaMU ini menantikan doaku untuk sempurnakan sebahagian agamaku
termakbul
Kurniakanlah seseorang buat diri ini
Dengan penuh rendah dirinya
Ku menunggu
Menunggu,, untuk membantunya dalam Jihad ini
Bahagianya jika doa itu termakbul, menjadi kenyataan.
Amiin, Ya Rabbal 'Alamin
No comments:
Post a Comment