Tuesday, June 12, 2012

Catatan Peribadi Buat Diri Saya

Usai bermadu kasih dengan Allah.
Kembali melunaskan kerja-kerja harian.
Mungkin Allah nak tunjukkan buat diri ini.
Senior-seniorku. Di perbukitan Ilmu ini.
Tanggalnya status mahasiswa di bahu kalian.
Mungkin Allah tengah duga kalian.

Saya berfikir dan saya muhasabah diri
Semakin melihat perkembangan peribadi senior-senior
Allah, jauhkanlah diri ini. Allah. Saya sangat takut. Andai ujian itu tiba jua.
Bukan diri meminta, tapi sesungguhnya saya tidak tahu di masa bila
dan waktu mana Allah akan uji diri ini.

Perubahan senior-senior tidak kira sama ada dia dari kalangan
sejemaah, pimpinan persatuan, yang ketika dahulu di kampus
Pakaian mengalahkan yang mengambil pengajian Islam
Alhamdulillah, Allah bagi nikmat itu kepada mereka.
Dan Alhamdulillah, Allah tunjuk itu kepada saya.

Setiap detik dan ketika apabila diri ditunjukkan 
Akan nikmat itu, saya koreksi diri,
Berfikir, saya meneliti dan saya mengamati
 Saya menjadi takut, sangat-sangat takut.

Ya Allah, hampir detik tiga tahun di Perbukitan Ilmu ini
Saya konsisten berpakaian begini.
Mengenakan tudung labuh ke tubuh.
Saya tidak pernah melabuhkan perasaan saya dan bebas bergaul dengan mana-mana ajnabi. Kerana itu saya tahu bahawa saya sekarang dan sampai bila pun saya ada Allah.
Saya dijaga oleh Allah. Tapi sesungguhnya saya takut Ya Allah.
Dan saya mengetahui jika Allah inginkan ujian itu ditimpa buat diri ini
Bila-bila masa sahaja ia akan berlaku.

Tapi, Ya Allah, satu sahaja pinta diri ini.
Dan saya amat memahami, siapakah diri ini untuk meminta dengan Pencipta diri ini. Tidak cukupkah lagi wahai diri dengan segala pinjaman dan nikmat yang diberikan selama ini.

Ya Allah, jauh di sudut hati saya
Bantulah diri ini untuk istiqamah memakai pakaian solehah
Tudung Labuh, jaga penampilan, jaga pertuturan, jaga pergaulan.
Bantu diri ini ya Allah.
Saya selesa begini. Saya ingin sentiasa dalam keadaan ini. 



2 comments: