Saturday, June 23, 2012

Inilah Dia. Azmanira Yusoff

Allahuakhbar!!!

Mengalir lagi. Laju. Jernih.

Jiwa aku rapuh Ya Allah.
Sendu bercampur duka.

Saya merasakan kesunyian, dan agak kebosanan di saat ini.
Pada kebiasaannya, kaki dan jiwa ini digunakan untuk aktiviti persatuan.
Jemaah, kempen, program, kem, Ijtima', semuanya mula beransur pergi.
Hati mula merasainya. 

Saya tidak jaga hati saya.
Hati saya semakin membengkak dengan alur itu,
Hati saya mula merindui makanan rohani,
Hati saya perlukan makanan itu, Ya Allah.
Buku, memang dari buku boleh dapatkan ilmu.
Tapi saya mahukan teman. Saya kesepiaan tanpa teman bernama sahabat.
Saya mencari hingga kini, masih saya tidak ketemu.
Sahabat sehati sejiwa. Ye, sahabat sefikrah ramai. Sahabat senegeri sangat ramai.
Hati dan jiwa saya perlu dibasuh.
Sudah lama, hampir sebulan, jiwa ini tidak dicuci dengan tarbiyyah.
Setelah semua jawatan dilucutkan, saya merasakan saat diri
Bukan diri ini merungut akan hal itu, tidak sama sekali
Akan tetapi, dengan amanah itu, diri ini dididik 
Dengan tanggungjawab itu, jiwa saya kental, saya makin dengan Allah.

Ye, sahabat mengatakan saya kuat. Semua kerja saya mampu lakukan.
Saya antara yang diberi tugasan, tidak pernah mengatakan tidak, tidak pernah mengeluh.
Ye, saya akui itu semua. Dan sememangnya saya begitu, sebagaimana kalian tahu.
Saya mendidik diri saya begitu. Melebihkan orang dahulu sebelum saya.
Diri saya tidak mengenal erti tidak dalam hidup saya. Apa pertolongan yang diperlukan.
Cuba sedaya mampu untuk lakukan.Ketika mana hati ini tersentap, saya rawat sendiri.
Saya tidak pernah meminta jarum mahupun benang dari sahabat atau keluarga
Untuk saya bagitahu segala apa yang terjadi untuk dijahit.
Saya cuba jahitnya sendiri tanpa bantuan, selagi kudrat saya mampu menjahitnya.
Sahabat, teman, rakan, saya juga manusia biasa, cukup rendah di pandanganNya.
Hati saya bukan kuat untuk tanggung segalanya. 

Ye, saya kuat, saya tegas, saya berdisiplin di hadapan sahabat.
Tapi ketika saya sendiri, saya lemah sahabat.
Saya menangis semahunya ketika mana saya lemah.
Saya sangat perlukan teman untuk saya sandarkan bahu ini.
Saya mahukannya. Saya menunggunya. Saat itu. Saya ingin luahkannya.
Di mana hendak dicari jika bukan dalam pasukan. 
Sungguh sahabat, ikatan dalam pasukan, dalam jemaah menguatkan kita dalam segala perkara.

Terima kasih sahabat.
Doakan saya sentiasa kuat.
Dan kerana sahabatlah saya kuat!!!

 Allahurabbi.. Subhanallah!!! Allahuakhbar!!!

Nukilan hati sang hamba 'abid. 


Maaf akan nukilan ini. Saya sentiasa update blog saya. Cukuplah kita bersama Allah. Entry dari saya dan untuk saya.Jika ada yang membaca, terima kasih.

Be your self. Is the best choice. Allah first in life. InsyaAllah. anything will be okey.

1 comment:

  1. sahabat..sy tahu ira kuat..insyaAllah..bykkan brdoa n minta pertolongan drNya..klau nk ikutkn , x lyk rsenye nk bg nasihat kt org..tp sy cba bg nasihat ni pun utk diri sndiri jg yg memang jauh beza dr shbt yg lebih kuat.. moga Allah sntiasa merahmati perjuanganmu..aamiin.

    ReplyDelete